PERLAWANAN final pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara pasukan Malaysia dan Vietnam malam tadi menjadi topik perbualan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kegilaan terhadap perlawanan itu turut menarik minat sejumlah selebriti tanah air yang juga hadir menonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagaimanapun, dalam keghairahan menyokong skuad Harimau Malaya, golongan selebriti tidak ketinggalan menjadi bahan ejekan dan kecaman segelintir netizen hanya kerana mereka memuat naik gambar ketika berada di stadium.

Antara artis yang menjadi mangsa ialah pelakon terkenal, Datin Diana Danielle yang geram kerana dituduh memperoleh tiket menonton perlawanan itu hasil daripada tajaan.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil itu juga didakwa sengaja mahu menunjuk kepada orang ramai kerana memiliki tiket menonton final bola sepak.

Ekoran itu, Diana meluahkan rasa sedih dan kecewanya kerana dituduh sedemikian sedangkan realitinya, dia dan Farid juga seperti peminat lain turut berusaha membeli tiket semata-mata kerana mahu ke stadium.

Dalam laman Instagram peribadinya, Diana menjawab kecaman yang dibuat kepadanya.




Apa yang menambah kekecewaan Diana ialah, dalam komen yang ditinggalkan, segelintir netizen menggelarkan golongan selebriti dengan gelaran ‘Bangsa Final’ yang menunjukkan kononnya selebriti tersebut hanya menyokong pasukan kebangsaan apabila Malaysia berjaya ke peringkat akhir.



Malah, ada sekelompok artis yang memakai penutup mulut turut menjadi bahan kutukan kononnya perasan glamor. Mereka juga dituduh mendapat tajaan tiket daripada YB!



Namun begitu, ramai juga netizen yang menyokong mereka dan memberikan sokongan moral di ruangan komen.






Sehubungan itu, Diana tidak berdiam diri, malah mempertahankan diri serta rakan-rakannya, termasuk aktres Ummi Nazeera dan beberapa orang lagi.

Harimau Malaya ❤️ #AFFSUZUKICUP

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on


Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi dan menyaksikan pasukan Malaysia seri 2-2 dengan pasukan Vietnam.

Perlawanan kedua akan berlangsung pada Sabtu ini di Hanoi, Vietnam.