Menurut Zarina, dia bernasib baik kerana pembantu peribadinya turut menyertai percutian mereka untuk membantu menguruskan semua anaknya itu.
Perkara itu dikongsi Zarina menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Pada mulanya pembantu peribadi saya tak mahu ikut, tapi dia berasa kasihan jika saya menguruskan empat orang anak lelaki, ditambah dengan anak yang menghidap autism ketika berada di London.
"Sebenarnya, Azal teringin ke Bali, Azil saja yang tiada permintaan, itupun last minit suami saya cakap bawa Azil sekali, saya pun lega.
"Tantrum memang akan ada, Azil mengamuk di apartment tempat kami tinggal hingga ada jiran datang ketuk pintu mahu selidik apa yang berlaku.
"Nampaknya penduduk London sangat perihatin tentang ketenteraman dan keselamatan anak-anak," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Zarina turut menyatakan hasratnya untuk membawa anak-anaknya itu ke Mekah untuk menunaikan umrah pada tahun hadapan.
Rata-rata netizen memuji semangat Zarina dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga menerusi ruangan komen di perkongsian entri tersebut.