SOSIALIT, Paris Hilton memaklumkan dia menolak pelawaan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden untuk menjadi DJ di Sidang Kemuncak Amerika demi menghadiri majlis perkahwinan bintang pop, Britney Spears.
Hilton merupakan rakan lama kepada penyanyi lagu Toxic itu, dan pada majlis yang berlangsung pada Khamis lalu, Hilton bertanggungjawab mengendalikan parti resepsi yang dihadiri ramai bintang ternama.
Namun situasi itu bermakna Hilton terpaksa menolak pelawaan untuk menjadi DJ dan mengendalikan makan malam Sidang Kemuncak Amerika, yang dihadiri pemimpin dari seluruh dunia, pada malam yang sama.
"Saya sebenarnya diminta menjadi DJ untuk presiden Biden untuk makan malam itu, tetapi majlis perkahwinan sahabat lebih penting bagi saya," katanya dalam sesi podcast pada pagi Jumaat.
Hilton antara selebriti yang kerap dijemput menjadi DJ untuk majlis dan parti di Hollywood, malah didakwa mendapat bayaran AS$1 juta semalam untuk tugasan itu.
Hilton juga mendedahkan dia terpaksa menyembunyikan perihal majlis itu dari pengetahuan umum.
"Saya merahsiakannya sepanjang minggu, saya tidak memberitahu sesiapa, malah mereka yang bekerja dengan saya termasuk 'glam team' yang menguruskan pakaian saya untuk majlis berkenaan, terpaksa mengunci mulut.
"Saya tidak mahu bercerita panjang kerana lebih baik pengantin sendiri bercerita tentang majlis perkahwinannya, tetapi saya turut sama berkongsi kegembiraan.
“Dia (Spears) kelihatan menakjubkan. Saya sangat gembira melihat dia menemui pasangan hidupnya dan mereka adalah pasangan yang sangat sesuai,” tambah Hilton.
BACA: Britney Spears kahwin secara eksklusif, bekas suami pula buat kecoh!
Spears mengahwini Sam Asghari, seorang pelakon lagak ngeri dan jurulatih senaman, di kediaman mereka di Thousand Oaks, California.
Selain Hilton, bintang lain yang turut memeriahkan majlis tersebut ialah Madonna, Selena Gomez, Drew Barrymore, Maria Menounos, Ansel Elgort, will.i.am, dan Donatella Versace.
Agensi
Sat Jun 11 2022

Hilton mendedahkan dia terpaksa menyembunyikan perihal majlis itu dari pengetahuan umum. - REUTERS

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Rumah Paris Hilton di Malibu musnah dalam kebakaran di Los Angeles
Rumah selebriti terkenal Amerika Syarikat yang juga hos TV, pelakon dan model, Paris Hilton, di Malibu musnah sepenuhnya akibat kebakaran di Daerah Los Angeles, California, lapor TASS media.

Paris Hilton perkenal anak perempuan kepada umum
Hanya selepas lima bulan, akhirnya penyanyi, model dan usahawan itu mendedahkan wajah serta nama penuh anaknya.

Paris Hilton kini bergelar ibu
Personaliti berusia 41 tahun itu berkongsi sekeping gambar dia memegang tangan bayi lelakinya di akaun Instagram.

Paris Hilton bertunang kali keempat di usia 40 tahun
Ini merupakan kali keempat pewaris empayar Hilton itu mengikat tali pertunangan.

Pereka kasut Itali Sergio Rossi meninggal dunia, dipercayai akibat COVID-19
Mendiang dilapor telah dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu di Cesena, sebuah bandar di Emilia-Romagna yang merupakan antara wilayah yang paling teruk terjejas akibat pandemik koronavirus.

Sarimah Ibrahim 'throwback' lepak dengan Paris Hilton
Untunglah!

"Congratulations beautiful!!!" - ucapan Paris Hilton buat Syahrini
Paris Hilton ucap tahniah kepada penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini yang melangsungkan pernikahan dengan usahawan, Reino Barack.

Tanpa satu pun cebisan bukti, anda memilih untuk mempercayai dua penipu - Keluarga Michael Jackson
Keluarga mendiang Michael Jackson menyifatkan pendedahan sebuah dokumentari yang mendakwa Raja Pop itu mencabul kanak-kanak sebagai satu usaha beramai-ramai untuk membunuh reputasinya.

'Tak sangka dia siap bagi 'lighting to my selfie' - reaksi Elfira Loy jumpa Paris Hilton
Pelakon Elfira Loy berkongsi rasa teruja ketika bertemu bintang Hollywood terkenal, Paris Hilton.

Paris Hilton, Chris Zylka bertunang
Paris Hilton mengumumkan pertunangannya dengan memuat naik foto di laman Twitternya pada Selasa.