PELAKON Jasmin Hamid melahirkan rasa syukur apabila doktor memaklumkan bahawa dirinya kini sudah bebas dari penyakit kanser rahim.
Jasmin menerusi video di Instagram menganggap ia merupakan rahmat daripada Allah serta berkat doa keluarga, saudara mara, sahabat dan orang yang menyayanginya.
“Saya sebenarnya nak kongsi keputusan pembedahan saya melibatkan perut saya. Saya dah dapat keputusan daripada doktor yang mengatakan saya sudah bebas dari kanser rahim.
“Ini semua atas izin Allah, kasih sayang dan rahmatNya, serta berkat doa daripada keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan anda semua yang sayangkan saya,” kongsinya.
Bagaimanapun, Jasmin berkata dia masih perlu menjalani pemeriksaan secara berkala bagi memastikan cyst pada bahagian kanan rahimnya tidak kembali membesar.
“Doktor beritahu cyst saya pun dah hilang sebelah kiri, sebelah kanan pun dah mula mengecut.
"Tiga bulan lagi, saya kena buat ulangan pemeriksaan untuk lihat perkembangan cyst saya yang sebelah kanan.
“Saya harap kawan-kawan yang menjalani pembedahan yang sama dengan saya hari tu pun, dapat berita gembira untuk laporan kesihatan mereka,”
Jasmin turut mengucapkan terima kasih kepada doktor dan para jururawat yang menjaganya sepanjang mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Untuk info, pada September lalu Jasmin mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan kecil pada ulang tahun kelahirannya.
Malah Jasmin pernah memberitahu dia tergores hati dengan komen negatif netizen yang mengutuk perubahan fizikalnya tanpa mengetahui masalah kesihatan sedang dihadapinya.
Jelasnya, perubahan itu disebabkan masalah cyst dan hormon tidak teratur sehingga dia mengalami pendarahan pada rahim.
Tahun lalu, Jasmin mengalami serangan jantung dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) namun tahap kesihatannya beransur pulih selepas mendapat rawatan. -Gempak
Gempak
Tue Oct 31 2023

Jasmin melahirkan rasa syukur apabila doktor memaklumkan bahawa dirinya kini sudah bebas dari penyakit kanser rahim. -Gempak
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

'Cyst sebelah kiri dah hilang, kanan mula mengecut' - Jasmin Hamid syukur bebas kanser rahim
Jasmin menerusi video di Instagram menganggap ia merupakan rahmat daripada Allah serta berkat doa keluarga, saudara mara, sahabat dan orang yang menyayanginya.

'Kereta buruk? Saya okey je pakai Wira lama' - Jasmin Hamid
Jasmin menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkata dia tidak malu untuk menggunakan kereta jenis Proton Wira yang digelar Bobob sebagai kenderaan kesayangannya.

'Melecehkan' - Suami Jasmin Hamid pilih berdiam diri, pertimbang saman jika komen keterlaluan
Nazmir berkata, proses saman merupakan satu proses yang rumit dan tambahan pula, komen-komen tersebut masih lagi boleh diterima dan tidak bersifat mengaibkan.

Jasmin Hamid panjat rasa syukur selepas dibenar keluar hospital
Rakan artis turut menzahirkan rasa syukur dengan keadaan kesihatan Jasmin yang semakin pulih.

Peminat pertahan suami Jasmin Hamid diejek jadi penyebab isteri masuk wad
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengkritik tindakan netizen yang dianggap tidak molek.

'Lebih baik tikam saja saya daripada fitnah sebegini' - Jasmin Hamid
Jasmin mohon netizen henti fitnah terhadap suaminya.

Jasmin Hamid kena serangan jantung, kini ditempatkan di CCU
Perkara itu disahkan suami pelakon itu, Nazmir Abd Rahman dalam hantaran di akaun Instagram milik Jasmin.

Langgar lari: "Tangan adik ipar patah, tulang hancur" - Jasmin Hamid mohon cari sampai dapat
Kejamnya, dah langgar lari pula.

Jasmin Hamid kembali bergelar isteri, nikahi pembantu peribadi
Selepas 10 tahun memegang status sebagai ibu tunggal, Jasmin Hamid, 47, kembali hidup berteman di samping Nazmir Abd Rahim, 35.

Jasmin Hamid 'sekolahkan' pelakon baharu
Alamak!!!! Kenapa pula tu?