PELAKON Jasmin Hamid hairan dengan sikap segelintir netizen yang mempersoalkan kenderaan lama yang dinaikinya hanya kerana bergelar selebriti.
Jasmin menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkata dia tidak malu untuk menggunakan kereta jenis Proton Wira yang digelar Bobob sebagai kenderaan kesayangannya.
“Alhamdulillah my Felari dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dah ditidurkan sebab PKP.
“Nama dia Bobob you all. Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya. 'Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?'
“Itulah dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar. Kenapa ek?
“Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okey je pakai Wira lama. Yang awak pula rasa elegik dah kenapa?” luahnya.
Tidak mempedulikan kata-kata negatif netizen, Jasmin menyatakan dia berasa bahagia dengan kehidupan sederhana yang dimiliki.
“Biarlah… Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. Bobob ada sentimental value pada saya..
“Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baharu untuk saya ke?
“Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat. Tepi sikit Bobob nak lalu ni,” tulisnya.
Sehingga kini, perkongsian Jasmin itu mendapat lebih 10,000 tanda suka daripada pengikutnya. -Gempak
Gempak
Sat Sep 30 2023
Jasmin Hamid hairan dengan sikap segelintir netizen yang mempersoalkan kenderaan lama yang dinaikinya hanya kerana bergelar selebriti. -Gempak
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
'Kereta buruk? Saya okey je pakai Wira lama' - Jasmin Hamid
Jasmin menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkata dia tidak malu untuk menggunakan kereta jenis Proton Wira yang digelar Bobob sebagai kenderaan kesayangannya.