USAHAWAN kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan, beliau kini sudah mula memperlahankan aktivitinya di media sosial dan enggan lagi melakukan gimik murahan untuk menarik perhatian warga maya.
Menurut Aliff, 36, tindakannya itu berikutan menyedari anak-anaknya semakin meningkat remaja dan mahu memberikan lebih tumpuan pada perniagaan.
"Saya mengaku awalnya saya kejar glamor sebab saya bukan artis, tapi rupa-rupanya glamor tanpa duit pun tak ada erti. Kalau perasan enam bulan kebelakangan ini, saya lebih selesa mendiamkan diri daripada kontroversi.
"Sejujurnya saya dah tak suka dengan kamera! Kalau nak cari kontroversi mudah sahaja, asal ada orang buat isu saya boleh saja menyelit sebab follower saya dah tinggi... bukan nak riak tapi itulah hakikatnya.
"Jadi sekarang saya mahu lebih matang, tengok orang lain buat gimik itu dan ini, saya rasa tak apa la sebab kita dah rasa dulu. Tak perlu lagi la. Saya cuma nak cari ketenangan," katanya ketika ditemu bual.
Terkenang beberapa kontroversi membabitkan dirinya sebelum ini, Aliff berkata, dia tidak sanggup lagi terpalit dengan sebarang isu panas kerana memikirkan usianya yang semakin meningkat.
Jelas penyanyi lagu Coba ini lagi, dia enggan isu panas yang tular membuatkannya menjadi malu dengan anak-anak, sekali gus menjejaskan reputasi sebagai seorang bapa.
"Anak pertama saya pun dah masuk tingkatan tiga, bila dia tanya... abah kenapa video viral macam ni, kita pun jadi malulah. Jadi saya fikir tak apa la walaupun kurang kontroversi maruah lagi penting.
"Kita nampak anak kita dah membesar remaja... jadi anak bujang dan anak dara. Kita tengok betapa struggle membesarkan mereka, kita pun dah tak boleh nak marah-marah sebab takut mereka memberontak, jadi dari situ kita sedar.
"Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan. Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat,” ujarnya.
Aliff ditemui semasa majlis Malam Aspirasi D’Herb yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada malam Sabtu.
Berdepan dengan pelbagai cabaran perniagaan termasuklah kerugian, resort yang dilanda bencana alam, Aliff mengambil pendekatan menarik diri daripada mencipta sebarang kontroversi yang akhirnya memakan diri.
“Sebenarnya kontroversi ini seronok tapi biarlah dia datang secara semula jadi bukan buat-buat sebab nak glamour. Kalau ikutkan saya pun nak popular hingga umur 60 tahun tapi bukan dengan cara yang murah.
"Kita kena sedar diri, kita akan tua... tak lama lagi dah nak masuk 40 tahun, rambut pun dah beruban. Jadi saya fikir sekarang ini masa untuk saya jadi ahli perniagaan sebenar bukan nak gelenya-gelenya (gedik). Saya tak nak dah! Nanti orang kata orang tua tak sedar diri.
"Dalam tahap sekarang ni, saya nak maintain saja, Alhamdulillah semua dah cukup. Nak kata kaya tujuh keturunan saya tak berani sebab kita bukan tuhan, kita tak tahu mungkin satu hari nanti saya akan susah juga tetapi buat masa ini cukuplah boleh hantar anak ke sekolah, bayar gaji pekerja dan tidak dihimpit kontroversi murahan," ujarnya lagi.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini.
Gempak
Sun Jan 30 2022

Menurut Aliff Syukri, dia sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan dan berikrar untuk memelihara keharmonian keluarga dan menjauhkan diri daripada kontroversi.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Fahmi minta MCMC ambil tindakan bersesuaian berhubung video Aliff Syukri
Ia berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial.

“Kalau boleh setia pada satu isteri, nak jaga dua bukan senang” - Nasihat Aliff Syukri
"Cuba kita ni sebagai seorang lelaki isteri kita tu ada dua suami, apa kita rasa? Benda bukan mudah untuk kita terima."

Ibu Aliff Syukri dedah miliki rumah 7 bilik di London - beli hutang, bukan tunai
Rozita berkata, hasil berjimat cermat, rumah berkenaan merupakan hadiah untuk dirinya sendiri.

Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.

Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!
Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.

Aliff Syukri, isteri timang anak keenam
Luqman Al-Hakim nama pilihan untuk cahaya mata terbaharu pasangan itu.

'Keluar tangan dulu' - Isteri Aliff Syukri kongsi pengalaman bersalin anak keenam
Shahida berkongsi pengalaman pertama berdepan dengan komplikasi anaknya yang lahir mengeluarkan tangan terlebih dahulu.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

Aliff Syukri tidak mengaku buat video sumbang
Aliff Syukri hadir di mahkamah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.

Buat drama lagi? Aliff Syukri akui ada masalah mental
Usahawan kosmetik kontroversi itu juga umum undur diri dari media sosial.