Konsert akhir #AF2015 yang berlangsung malam Ahad telah pun berakhir dengan menyaksikan Sufi juara Akademi Fantasia pertama dari Singapura dan Syamel selaku naib juara.
Manakala pemenang tempat ketika pula jatuh kepada Bila dan diikuti tempat keempat iaitu Sharul.
Dengan tamatnya konsert akhir tersebut maka selesai sudah perjalanan mereka sebagai pelajar #AF2015 setelah pengetua Edry Abdul Halim mengumumkan penamatan sesi pembelajaran di akademi.
Pelbagai kisah menarik yang berlaku sepanjang konsert akhir #AF2015 berlangsung sama ada di depan mahupun belakang tabir.
Di sini Astro Gempak ingin berkongsi kisah atau kejadian menarik yang mungkin penonton setia Akademi Fantasia terlepas pandang.
1. Kalau konsert minggu AF sebelum ini penuh, waktu konsert akhir berlangsung auditorium lebih ‘double’ padatnya dengan kehadiran peminat ingin menyaksikan finalis #AF2015 sehingga terpaksa beratur panjang untuk masuk ke dalam dewan.
2. Sebelum konsert bermula, kesemua krew dan juga team produksi #AF2015 mengambil kesempatan bergambar kenangan di atas dengan memakai baju berwarna hitam. Cool!
3. Baju yang dipakai oleh bekas pelajar #AF2014 Farez nampaknya tidak kena pada tempat apabila dia tampil dengan memakai baju kemeja hitam disertakan dengan coat berbulu.
4. Sebelum SADA Borneo dan Kumpulan Bunkface membuat persembahan pembukaan, dewan dipenuhi dengan ‘flashlight’ yang dinyalakan oleh penonton menerusi lampu telefon pintar masing-masing memeriahkan lagi suasana.
5. Disebabkan ‘crowd’ yang agak ramai membuatkan penghawa dingin di dalam auditorium tidak terasa menyebabkan ada sesetengah penonton dilihat mula mengeluarkan kertas dan mengipas diri sendiri.
6. Sewaktu Sharul menyampaikan lagu pertama berjudul ‘Just The Way You Are’ nyanyian asal Bruno Mars, belon–belon yang diikat telah dijatuhkan ke tempat duduk penonton.
7. Semasa iklan sedang berlangsung, ada orang terpijak belon sehingga meletup dan bunyi yang kuat itu menyebabkan sesetengah penonton melatah kerana terkejut.
8. Sebaik sahaja selesai persembahan istimewa Datuk Sheila Majid dengan dua buah lagu iaitu ‘Sinaran Cinta’ dan ‘Pengemis Muda’, penyanyi cantik itu kemudiannya dengan ‘sweet’ membuat ‘flying kiss’ kepada suaminya yang merupakan salah seorang konduktor muzik #AF2015 iaitu Acis.
9. Lebih istimewa lagi, dua bekas pelajar sebagai wakil Akademi Fantasia musim pertama hingga #AF2014 hadir ke pentas membuat persembahan lagu keramat mereka iaitu Menuju Puncak. Antara yang hadir ialah Nana AF1, Khai AF1, Anding AF2, Farhan AF4, Dafi AF5, Nabila #AF2013, Aman dan Nina #AF2014.
10. Aman #AF2014 mengambil kesempatan untuk berselfie di atas pentas bersama alumni Akademi Fantasia.
11. Sewaktu pengumuman pemenang, sedikit salah faham berlaku apabila Syamel tiba-tiba mengangkat tangan dan tersenyum ketika hos #AF2015 Zizan Razak dan Faizal Ismail mengumumkan pemenang tempat keempat iaitu Sharul. Syamel menyangka bahawa nama yang disebut itu adalah namanya namun Sharul dengan pantas menarik Syamel dan memberitahu keadaan sebenar.
12. Sufi tidak dapat menahan air mata apabila namanya diumumkan sebagai juara #AF2015 dan menangis kegembiraan.
Gempak
Mon Oct 12 2015

Kalau konsert minggu AF sebelum ini penuh, waktu konsert akhir berlangsung auditorium lebih double padatnya dengan kehadiran peminat ingin menyaksikan finalis #AF2015. - Foto Astro Gempak
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Corat-Coret Konsert Akhir #AF2015
Konsert akhir #AF2015 yang berlangsung malam Ahad telah pun berakhir dengan menyaksikan Sufi juara Akademi Fantasia pertama dari Singapura dan Syamel selaku naib juara.

#AF2015: Sufi juara pertama Akademi Fantasia dari Singapura
Pelajar dari Singapura, Sufi telah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2015 (#AF2015) dalam Konsert Akhir #AF2015 yang berlangsung malam tadi.

Ramalan juara #AF2015 pilihan Astro Gempak
Selepas 10 minggu mengharungi pelbagai cabaran, kini pentas akhir #AF2015 akan menyaksikan persembahan sengit empat finalis.

Dituduh cacatkan persembahan Bila #AF2015, Bob AF2 mohon maaf
Penyanyi Bob AF2 teruk dikiritik serta dituduh kononnya dia sengaja mencacatkan persembahan pelajar #AF2015 Bila di konsert separuh akhir yang telah berlangsung pada Ahad lalu.

Kami sedia lepaskan Che Ta - Pengurus Saluran Astro Ria
Pengurus Saluran Astro Ria (104), Raqim Ahmad menjelaskan pihak Astro bersetuju dan bersedia melepaskan pelakon Rozita Che Wan yang berhasrat untuk tidak meneruskan tugasnya sebagai juri tetap AF.

Faroq #AF2015 syukur tersingkir, tak sabar nak tengok dunia luar
Ia tidak membawa maksud bahawa pelajar berasal dari Melaka itu tidak suka berada di dalam akademi, sebaliknya dia menerima keputusan tersebut dengan cara yang positif.

Hanya Gimik, Rachel #AF2015 Bukan Pelajar Undian Terendah
Pengetua #AF2015 Edry Abdul Halim menjelaskan bahawa Rachel bukanlah pelajar yang mendapat undian terendah sepertimana diumumkan oleh pengacara #AF2015 Faizal Ismail.