![Comelnya Putera Louis Arthur Charles! Putera Williams, Kate dedah foto anak ketiga Comelnya Putera Louis Arthur Charles! Putera Williams, Kate dedah foto anak ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81541995236_kate_1.jpg)
Putera Louis bersama nendanya, Putera Charles. - Sumber foto Getty
PASANGAN DiRaja Britain, Putera Williams dan Kate Middleton akhirnya berkongsi gambar anak ketiga mereka iaitu Putera Louis Arthur Charles.
Buat pertama kalinya, foto Putera Louis dikongsikan menerusi dokumentari mengenai nendanya, Putera Charles, yang disiarkan BBC.
Ini merupakan pendedahan kali pertama foto bayi berusia enam bulan itu kepada umum sejak dia dilahirkan.
Pewaris kelima dalam keluarga diraja Britain itu dilahirkan di St. Mary’s Hospital di London pada 23 April lalu, dengan berat 3.8 kilogram.
Putera Williams dan Kate Middleton telah berkahwin pada April 2011.
Kate melahirkan bayi sulung mereka, Putera George di hospital sama pada Julai 2013.
Anak kedua mereka, Charlotte dilahirkan dua tahun kemudian.
![Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://s1.dmcdn.net/v/XuqH81didHgvg-o8Y/x480)
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.