Pelakon cantik Rozita Che Wan kini tampil dengan imej baru selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama suami, Zain Saidin pada Khamis.
Pengurus Rozita, Afeeq Abdul Wahab turut mengesahkan perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram dan Facebooknya.
Afeeq ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta akan kekal dengan imej bertudung.
“Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.
“Saya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” katanya.
Tambah Afeeq lagi, setakat ini pihak endorsement menerima perubahan Che Ta dengan baik dan tidak mempunyai masalah dengan imej baru pengacara Primadona itu.
Che Ta dan suami berangkat menunaikan umrah pada minggu lepas dan selamat tiba dari tanah suci Mekah pada tengahari tadi.
Terdahulu Che Ta pernah memberitahu kepada media akan menunaikan umrah bersama suami sebagai memenuhi nazarnya.
Pelakon dan pengacara cantik itu juga pernah berhajat menunaikan umrah sekiranya dia mengandung selepas mendirikan rumah tangga dengan Zain pada penghujung 2013. -- Astro Gempak
Gempak
Fri Mar 06 2015
Pelakon cantik Rozita Che Wan kini tampil dengan imej baru selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama suami, Zain Saidin pada Khamis. - Foto Astro Gempak
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
'Tiada beza pun saya dengan orang lain' - Che Ta nafi hina golongan B40
Che Ta berkata kenyataan tidak benar itu boleh mengundang kecaman orang ramai terhadap selebriti.
Che Ta bingung IG digantung, didakwa lakukan aktiviti agresif
Rozita Che Wan bingung dan kecewa apabila IG digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif sejak 15 September lalu.
Selepas menanti empat tahun, Che Ta sambut raya di rumah banglo
Che Ta teruja rumah banglo miliknya siap beberapa hari sebelum Ramadan berlabuh.
Kenapa pula Rozita Che Wan berbalut muka, tubuh?
Tak rimas ke Che Ta pakai macam itu?
Rozita Che Wan bimbang suami diminati wanita lain
Siapa yang suka rampas suami orang?
Anak Che Ta lebih suka barang kemas daripada mainan
Pengaruh ibunya barangkali...
Jumpa di mahkamah - pesanan Che Ta buat bekas pemandu
Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhammad Riduan yang juga bekas pemandunya yang melemparkan fitnah buat dia.
'Tak payah menyanyi ... macam tercekik sudu' - Che Ta sindir siapa?
Aktres dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta menyindir seorang pereka fesyen yang kini mula berjinak dalam bidang nyanyian.
"Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang" - Ini perkongsian Rozita Che Wan
Semoga kita sama-sama memperbaiki diri masing-masing...
'Orang beli handbag saya untuk saya beli handbag Gucci? Amboi sedap mulut!' - Che Ta
Menurut Che Ta, dia sudah mempunyai pelbagai koleksi beg tangan sejak dahulu lagi sebelum mengeluarkan jenama sendiri.