Bakat yang dicungkil dari seni persembahan yang diterapkan di sekolah swasta, Cempaka Schools dilihat memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran kreatif mereka terutamanya bagi mengasah dan memperhebat kemahiran berkomunikasi dan meningkatkan keyakinan diri.

Memetik kenyataan Datuk Freida Mohd. Pilus yang merupakan pengasas Cempaka Schools, beliau amat berbangga apabila melihat pelajar-pelajar yang membabitkan diri bagi menjayakan pementasan teater muzikal terbaharu, Dames and Dimes.

Katanya, seni persembahan adalah salah satu cara untuk mengasah kemahiran hidup selain dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.

 Teater ini dipentaskan di North Hall Theatre, Cempaka National School Cheras, di sini sehingga Ahad. - Foto Cempaka Schools

Teater muzikal Dames & Dimes ini dipentaskan oleh Cempaka Performing Arts Company (CPAC). Ia antara lain mengisahkan tentang budaya bantu-membantu sesama sendiri dan pentingnya membuat pilihan yang betul dalam kehidupan.

Teater muzikal ini juga memberi kelainan kerana pelajar yang ditampilkan datang dari latar belakang dan budaya yang berbeza. Mereka belajar untuk bekerjasama, memahami antara satu sama lain serta bertoleransi terhadap idea meskipun mempunyai pandangan yang berbeza.

Teater ini dipentaskan di North Hall Theatre, Cempaka National School Cheras, di sini sehingga Ahad.

 Teater ini dipentaskan di North Hall Theatre, Cempaka National School Cheras, di sini sehingga Ahad. - Foto Cempaka Schools

Selain tenaga pengajar dan ahli keluarga pelajar, persembahan malam tadi turut dimeriahkan dengan kehadiran keluarga selebriti terkenal, Schawalara yang terdiri dari pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya serta anak mereka Lara Alana.

Datuk Freida juga bakal berkongsi pengalaman beliau di persidangan ROSE 2019 anjuran Astro AWANI.

Untuk mendapat maklumat lanjut dan tiket layari www.rosekl.com sekarang!