Lebih kurang 24 jam selepas pengumuman bintang realiti Kim Kardashian yang kini hamil anak kedua, Hollywood dikejutkan dengan muka depan edisi terbaharu majalah fesyen terkemuka ‘Vanita Fair’.

Tumpuan kini beralih kepada Caitlyn Jenner yang sebelum ini dikenali sebagai Bruce Jenner – bekas bapa tiri Kim.

Bruce, bekas atlet Olimpik Amerika Syarikat, pada Selasa dengan rasminya mendedahkan penampilannya sebagai seorang wanita.

Pada usia 65 tahun, beliau juga mencipta sejarah dengan beroleh lebih satu juta pengikut dalam masa empat jam untuk akaun Twitter barunya @caitlyn_jenner.


Sementara itu, Kim dan suami Kanye West tampil di acara Anugerah Fesyen CFDA di New York selepas pengumuman kehamilan Kim.

BACA: "Panggil saya Caitlyn Jenner", penampilan baharu Bruce terima reaksi positif
VIDEO:
Bruce Jenner: 'Saya seorang wanita'

Pada acara karpet merah, beliau juga memuji wajah hadapan majalah Vanity Fair edisi terkini yang menampilkan Caitlyn.

“Saya rasa beliau begitu cantik. Saya bangga dengan beliau,” katanya.

Walaupun media sosial hangat dengan transformasi Caitlin Jenner, pengguna media sosial juga tertanya-tanya mengapa pengumuman ini dibuat dalam masa yang singkat.

Adakah ini peluang Caitlyn untuk menggatasi populariti Kim?





Mereka di Instagram turut berjenaka tentang Caitlin Jenner yang cuba menggatasi berita kehamilan Kim Kardashian.