TIKTOK pada minggu ini telah mengurangkan hampir 500 pekerja di Malaysia, terutamanya melibatkan mereka yang bekerja pada bahagian pengawasan kandungan.


Ringkasan AI
  • TikTok telah mengurangkan hampir 500 pekerja di Malaysia, terutamanya dalam bahagian pengawasan kandungan.
  • Pengurangan ini adalah sebahagian daripada usaha menstruktur semula operasi syarikat dan menggunakan teknologi untuk pemantauan kandungan.
  • ByteDance dijangka mengurangkan lebih banyak pekerja bulan hadapan untuk menyatukan operasi serantau, namun negara yang akan terkesan masih belum diketahui.


Salah satu sebab pengurangan pekerja dilakukan adalah dalam usaha menstruktur semula operasi syarikat, dan menggunakan kelebihan teknologi dalam pemantauan dan pengawasan kandungan.

Pada masa yang sama, ByteDance atau TikTok juga dilaporkan Reuters akan melakukan pengurangan lebih banyak pekerja pada bulan hadapan, dalam usaha menyatukan sejumlah operasi serantau.

Pekerja negara mana yang akan terkesan masih tidak diketahui lagi.

ByteDance mempunyai lebih 110,000 orang pekerja di 200 bandar seluruh dunia.

Dengan perkembangan teknologi, pelbagai syarikat mula menggunakan integrasi kecerdasan buatan dalam mengurangkan beban tugasan berulang oleh pekerja manusia, selain pada masa yang sama turut mengurangkan kos operasi syarikat. -Amanz