Sejak semalam radar dunia hiburan tempatan dihangatkan dengan pengumuman tidak rasmi yang dibuat oleh seorang penyanyi muda, Masya Masyitah.
Menerusi kemas kini terbaharunya di Instagram, Masya telah tampil dengan imej baharu tanpa tudung.
Masya sebelum ini dikenali sebagai salah seorang penyanyi muda yang bertudung, namun bermula 30 Julai 2023, dia memperlihatkan penampilan baharunya kepada masyarakat.
Tampil dengan rambut berona sedikit merah jambu sesuai busana yang digayakan di depan kereta dari warna sama, ramai yang bertanya siapakah Masya Masyitah?
Ini termasuklah aktres terkenal, Nabila Huda yang meninggalkan komen di ruangan Instagram Gempak dengan persoalan: “Siapa Masya Masyitah?
Berikut Gempak senaraikan beberapa fakta mengenai penyanyi ini yang diambil daripada pelbagai sumber termasuk Wikipedia.
Nama sebenar Masya Masyitah ialah Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff
Masya lahir di Kulim, Kedah dan kini berusia 23 tahun. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chio Min.
Sangat mahir berbahasa Mandarin.
Selain menyanyi dan mempunyai lagu seperti Simpanan, Masya juga pernah berlakon dalam drama dan telemovie.
Bakat menyanyinya sudah dicungkil sejak usia sembilan tahun. Sejak itu dia menyertai banyak pertandingan nyanyian seperti terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan TV realiti kanak-kanak Bintang Kecil terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan dinobatkan sebagai naib juara pada tahun 2011.
Masya bergelar juara Ceria Popstar musim kedua sewaktu usianya 14 tahun pada 2014.
Dia pernah menjadi satu-satunya wakil Malaysia dalam rancangan realiti nyanyian China, The Coming One musim ketiga yang berlangsung pada Mei 2019.
Pernah termasuk dalam pencalonan Top 5 Anugerah Bintang Popular ke-32 menerusi kategori Artis Baharu Wanita Popular.
Masya pernah memenangi Anugerah Muzik Asia 2019 bagi kategori Artis Muda Paling Berpotensi, yang berlangsung di Shenzhen, China.
Dia juga telah mencipta sebagai juara pertandingan pencarian bakat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 yang berlangsung pada 24 Oktober 2020, menewaskan penyanyi Filipina, Phem sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$40,000 (RM160,000). Dalam pertandingan ini, dia berjaya menewaskan 3000 peserta di seluruh Asia yang mengambil bahagian.
Pada 25 Jun 2021, Masya melancarkan lagu solo berbahasa Mandarin pertamanya, Jiu Meng Xin Su. Lagu yang berentak slow rock ini ialah hasil nukilan Kai Kai dan diterbitkan oleh Peng Chu. Ia merupakan single keduanya selepas Zuo Jian menampilkan duet bersama Jeryl Lee.
Masya menimbulkan kontroveri pada tahun 2021 selepas berkongsi foto sekeluarga menyambut Aidilfitri di kampungnya di Kulim, Kedah. Ironi pada waktu itu negara tidak membenarkan rentas negeri kerana penularan COVID 19.
Mula mendapat kecaman sejak awal tahun ini kerana imej ‘aneh’ dan disifatkan tidak sesuai digayakan oleh seorang wanita bertudung. Masya antaranya pernah dilihat memakai skirt pendek bersama stokin tetapi masih memakai tudung. - Gempak
Gempak
Mon Jul 31 2023
Menerusi kemas kini terbaharunya di Instagram, Masya telah tampil dengan imej baharu tanpa tudung. - Gambar Gempak
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
Penggambaran 'The Amazing Race' ditunda kerana COVID-19
Menurut jurucakap CBS, ini merupakan satu langkah berjaga-jaga terhadap wabak yang telah mengorbankan hampir 3,000 orang di seluruh dunia.