KUMPULAN muzik terkenal Korea Selatan, BTS mencipta sejarah apabila menjadi artis K-Pop pertama berucap pada perhimpunan tahunan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).
Memetik portal CNN, kumpulan dianggotai tujuh anak muda kegilaan ramai itu membuat rayuan di PBB untuk mendapatkan penyertaan generasi muda dalam menentukan masa depan dunia.
Ketua BTS, Kim Namjoon atau RM mewakili kumpulan berkenaan membantu melancarkan kempen Unicef dikenali sebagai ‘Generation Unlimited’ dan menggariskan beberapa isu yang dihadapi generasi muda di seluruh dunia serta keperluan untuk mengambil tindakan segera.
“Saya mahu mendengar suara anda. Saya mahu mendengar kisah anda. Dengarkan suara anda kepada dunia, tidak kira negara, warna kulit atau identiti, bersuaralah,” kata Namjoon, 24 tahun, dalam ucapan yang kemudiannya tular di media sosial.
BTS, ditubuhkan pada 2013 dengan penampilan sulung mereka bertajuk 'No More Dream' menguasai senarai selebriti paling berpengaruh Forbes Korea Selatan 2018.
Mereka juga muncul sebagai kumpulan K-pop pertama menduduki carta album Billboard 200 dan kini memiliki 13.3 juta pengikut di Instagram.
Dalam pada itu, kesemua 193 negara anggota PBB pada tiga tahun lalu bersetuju menggariskan 17 misi global dalam membasmi kemiskinan, diskriminasi dan beberapa isu antarabangsa lain menjelang 2030.
Susulan itu, pihak terbabit berulang kali menekankan kepentingan generasi muda untuk sama membabitkan diri, selaras dengan ramalan dana kanak-kanak PBB, Unicef bahawa populasi golongan remaja dan belia di seluruh dunia bakal mencecah 2 bilion menjelang 2030.
Sinar Harian
Wed Sep 26 2018
Anggota kumpulan BTS menghadiri mesyuarat berkaitan belia semasa Mesyuarat Agung PBB ke-73 di Ibu Pejabat PBB, New York, 24 Sept, 2018. (Foto AP)
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan
Penonton ternyata kecewa kerana tiket konsert berkenaan telah mereka beli sejak enam bulan yang lalu.
Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif
FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.
#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar
Alif tidak merasakan gerakan itu sebagai miliknya secara peribadi, tetapi ia adalah milik setiap individu yang sedang berusaha ke arah memperbaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.
Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
DCI menganjurkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Jafar, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.
Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival itu bakal dijayakan 75 artis, berlangsung selama 15 jam dan beraksi di empat pentas.
'Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.
Lenjan artis kerja 20 jam...?
PTVM ingin menegur sikap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang bagaikan tidak memahami masalah sebenar industri.
Perkeso dan Profima meterai MoU, lindungi penggiat seni di bawah SKSPS
Perkeso hari ini memeterai MoU dengan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Aizat Amdan umum tarikh perkahwinan, dedikasi lagu buat bakal isteri
Penyanyi Aizat Amdan, 33, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya bernama Elyssa Alia Ilias, 34.