KUALA LUMPUR: Boom Radio merupakan radio atas talian baharu atas hasil kerjasama strategik KRU Media Sdn. Bhd (KRU) dan Astro Radio menerusi aplikasi Syok.
Bermula hari ini, seluruh rakyat Malaysia berpeluang menikmati inovasi interaktif bagi pelbagai jenis serta kompilasi muzik dan saluran menyiarkan berita termasuk mengenai hiburan menarik dan terkini.
Aplikasi itu menyiarkan tiga jam kandungan baharu yang diulang-siar selama 24 jam sehari dengan rancangan istimewa pada hujung minggu untuk carta muzik Malaysia seperti Boom! Top 40 serta banyak lagi kandungan eksklusif yang lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Media Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim berkata antara lain pelancaran itu bagi menghidupkan semula jualan format fizikal seperti piring hitam dan cakera padat (CD), menggalakkan semula penontonan filem ke pawagam dan memperkasakan para pengiklan khususnya jenama yang mempunyai integrasi platform e-dagang.
"Ini sebenarnya satu sejarah bagi KRU, dimana kami berharap dengan adanya platform di aplikasi Syok akan berikan pengalaman baharu kepada mereka yang sudah membaca bahan berita kami melalui platform Boom Malaysia.
"Selain itu, kami berharap dengan adanya penyampai dengan gaya terkini dan juga yang tersendiri akan memberikan hiburan yang terbaik bagi mereka yang menggunakan aplikasi untuk mendengar radio secara dalam talian atau podcast.
"Inilah baharu penyiaran dan saya berharap dapat meluaskan lagi pengaruh Boom Malaysia ini bukan sahaja di Malaysia tetapi di pasaran serantau," katanya pada sesi sidang media selepas melancarkan majlis pelancaran itu di Dadi Cinema Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Kenny Ong berkata salah satu usaha kerjasama ini adalah untuk memanfaatkan kekuatan sumber dalaman masing-masing dalam menawan peluang baharu sejajar dengan peningkatan permintaan bagi kandungan melalui radio atas talian dan podcast.
"Keunikkan Boom itu adalah pertama - mereka mrmpunyai nilai eksklusif tersendiri iaitu mereka mempunyai banyak wawancara eksklusif bersama artis-artis yang media lain tidak ada.
"Selain itu, cara perspektif juga berlainan kerana mereka sendiri adalah artis. Jadi kita merasakan ia adalah satu inisiatif yang bagus untuk mendapatkan mereka ke dalam ekosistem Syok. Mereka lebih tahu akan rentak industri hiburan ini.
"Sementara itu, apa yang lebih penting, mereka merupakan portal berita hiburan yang melaporkan berita-berita artis tempatan dan itulah tujuan utama kita untuk berkolaborasi untuk menyokong industri tanah air," katanya.
Antara barisan penyampaian Boom! Radio ialah empat muka baharu dalam industri tanah air iaitu Jimmy, Cema, Natalhia dan Lorde.
Untuk penstriman, muat turun aplikasi syok dan pautan Boom! Radio atau layari www.boom-malaysia.com.
Eton Khir
Thu Mar 31 2022
Boom Radio merupakan radio atas talian baharu atas hasil kerjasama strategik KRU Media Sdn. Bhd (KRU) dan Astro Radio menerusi aplikasi Syok.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Kimchi, yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Setakat ini, seramai 35 ibu tunggal diberi tunjuk ajar cara menghasilkan dua produk makanan berasal dari luar negara itu.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Malaysia menyerlah sebagai sinar harapan dalam kestabilan dan kemajuan di sebalik ketidaktentuan global
Keupayaan Malaysia untuk menghadapi keadaan mencabar adalah disebabkan asas ekonominya yang kukuh.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.