WAKIL kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul memberitahu pihaknya bersedia untuk duduk semeja dengan rapper Caprice bagi meleraikan kemelut yang berlaku.
Ujar Fakhrul, selepas isu komitmen Caprice untuk mempromosikan single terbaharu mereka, Sedar timbul pihaknya masih belum berkesempatan untuk berjumpa lagi.
"Kami teruskan apa yang kami mampu dan menghormati sesama sendiri. Mungkin dia ada alasan tertentu.
"Daripada sudut kami masalah sudah selesai dan kami sudah jelaskan perkara sebenar.
"Sehingga kini belum ada sebarang jemputan untuk membuat persembahan bersama selepas kejadian yang berlaku.
"Namun, kami dijadualkan untuk membuat persembahan bersama pada malam Anugerah MeleTOP ERA (AME2018) bulan depan.
"Kami tiada masalah untuk berjumpa dengan Caprice dan masih menunggu jawapan daripadanya," katanya kepada Astro Gempak.
BACA: Caprice, Fathia Latiff 'perang besar' di Instagram
BACA: UNIC terpaksa terima kecaman selepas buang imej artis nasyid
Fakhrul yang ditemui pada sidang media Gema Gegar Vaganza musim kedua di Hotel Istana Kuala Lumpur pada Selasa memberitahu dia tidak menjangka akan tercetus isu antara UNIC dan Caprice.
"Kami tidak menjangka perkara ini akan terjadi sebab kami tidak tahu cara orang lain bekerja.
"Cuma kami nampak potensi yang besar ada padanya untuk kami berkolaborasi.
"Kami sudah pun laburkan yang terbaik, buang masa dan rugi untuk kami terlalu memikirkan masalah yang timbul," tambahnya.
Ketegangan antara UNIC dan Caprice tercetus sejak Februari lalu apabila kumpulan nasyid itu mendakwa Caprice gagal memberikan komitmen untuk mempromosikan single baharu mereka, Sedar.
Malah, UNIC mendakwa Caprice enggan membalas kiriman teks untuk mendapatkan penjelasan sebenar.
Caprice kemudiannya memberitahu Berita Harian tindakan UNIC memperbesarkan cerita berkenaan sebenarnya langkah mempromosi lagu berkenaan.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @unicofficials & @capriceoffcial
Gempak
Fri Mar 23 2018

Fakhrul yang ditemui pada sidang media Gema Gegar Vaganza musim kedua di Hotel Istana Kuala Lumpur pada Selasa memberitahu dia tidak menjangka akan tercetus isu antara UNIC dan Caprice. - Foto IG @unicofficial & capriceofficial

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Caprice, isteri henti kongsi mengenai anak di laman sosial
Menerusi Instastory, Caprice berkata dia dan isterinya iaitu Farra Inalis seronok dengan perkongsian daripada ibu bapa yang turut memberi tips penjagaan bayi.

Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka
Pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.

Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.

Polis telah panggil Caprice, Mondy
Caprice dan Mondy telah dirakamkan percakapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Selasa.

Dituduh bayar Mondy reka cerita, Caprice minta netizen jawab dengan tuhan
Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memaklumkan kepada mereka yang memfitnahnya supaya menyimpan tuduhan itu sehingga kebenaran terbukti.

Ebit Lew buat laporan polis atas fitnah melampau
Beliau yang baru sahaja tiba dari Jeddah telah membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kes saman selesai, Caprice mohon maaf kepada SM Faisal
Kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap Caprice, selesai secara baik selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan di mahkamah.

Makluman penyelesaian saman SM Faisal, Caprice Jumaat ini
Mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk memaklumkan mengenai penyelesaian penuh kes saman fitnah ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice.

Perbicaraan kes saman fitnah SM Faisal, Caprice Oktober ini
Perbicaraan kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice berhubung kes memuat naik hantaran berbaur fitnah ditetapkan bermula 4 hingga 6 Oktober.

'Ramai ada penyakit hati' - Isteri Caprice selar netizen komen buruk tentang Shuib-Watie
Dalam hantaran yang sama juga, Elis menasihatkan lebih baik berdiam diri sekiranya tiada kata-kata positif untuk diperkatakan.