PELAKON Cameron Boyce yang terkenal dengan wataknya dalam filem terbitan Disney ‘Descendants’ disahkan meninggal dunia pada usia 20 tahun.
Kematian bintang Disney itu disahkan oleh keluarganya kepada agensi berita ABC News.
Menurut keluarganya, punca kematian adalah disebabkan oleh masalah kesihatan.
“Dengan penuh dukacita, kami laporkan bahawa Cameron telah meninggal dunia pada pagi ini,” umum seorang jurucakap yang mewakili keluarga Boyce.
“Dia meninggal dunia dalam tidurnya akibat serangan sawan yang disebabkan oleh masalah kesihatan, yang mana dia telah menerima rawatan perubatan untuk menanganinya."
Sejak kebelakangan ini, pelakon muda itu banyak meluangkan masa untuk kerja-kerja amal, termasuk menyertai Biden Courage Awards pada Mac lalu anjuran bekas Naib Presiden Joe Biden.
Cameron turut dihormati dengan Pioneering Spirit Award di Thirst Gala pada tahun lepas atas usahanya mengumpul dana sebanyak AS$30,000 (RM124,077) untuk membina telaga yang menyalurkan air bersih di Swaziland.
Bintang itu yang berasal dari Los Angeles, membuat debutnya sebagai pelakon dalam filem ngeri ‘Mirrors’ hanya pada usia 9 tahun.
Kemudian, dia menyertai barisan pelakon hebat dalam filem komedi ‘Grown Ups’ sebagai anak kepada watak yang dilakonkan oleh Adam Sandler.
Namun, Cameron menunjukkan bakatnya dalam siri televisyen Disney ‘Jessie’ sebagai watak bernama Luke Ross yang berlangsung selama 4 musim.
Susulan itu, dia semakin popular dengan lakonannya dalam filem francais ‘Descendants’ pada tahun 2015 dan 2017.
Berikutan berita kematian Cameron, media sosial dibanjiri dengan ucapan takziah buat bintang tersebut, kebanyakannya daripada peminat filem Disney.
Agensi
Sun Jul 07 2019
Menurut keluarganya, punca kematian adalah disebabkan oleh masalah kesihatan. Foto - Instagram @thecameronboyce
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Tan Sri Ahmad Nawab dan Dato' Wah Idris merupakan figura penting dalam industri muzik Malaysia yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan seni muzik tempatan. Ahmad Nawab, yang terkenal sebagai seorang penggubah lagu, telah berkolaborasi dengan ramai artis ternama seperti P. Ramlee dan Sudirman, dengan pengaruh besar dalam muzik pop dan jazz Malaysia.
Sementara itu, Dato' Wah Idris dikenali sebagai penyanyi, penggubah lagu, dan pemuzik, serta pernah menjadi ketua juri bagi rancangan realiti *Mentor*. Walaupun tidak terdapat maklumat khusus mengenai kerjasama langsung antara Ahmad Nawab dan Dato' Wah Idris, kedua-dua mereka memainkan peranan penting dalam membentuk budaya muzik Malaysia dan kemungkinan besar telah bertemu atau berinteraksi dalam industri yang sama, menyumbang kepada kemajuan muzik tempatan.
Sementara itu, Dato' Wah Idris dikenali sebagai penyanyi, penggubah lagu, dan pemuzik, serta pernah menjadi ketua juri bagi rancangan realiti *Mentor*. Walaupun tidak terdapat maklumat khusus mengenai kerjasama langsung antara Ahmad Nawab dan Dato' Wah Idris, kedua-dua mereka memainkan peranan penting dalam membentuk budaya muzik Malaysia dan kemungkinan besar telah bertemu atau berinteraksi dalam industri yang sama, menyumbang kepada kemajuan muzik tempatan.
Undang-undang maklumat palsu, ketidakcekapan sistem RFID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahli Parlimen Permatang Pauh mahu Menteri Kerja Raya menyatakan usaha bagi menyelesaikan ketidakcekapan sistem RFID di lebuh raya.
AWANI Ringkas: DJ Dave amat berduka pemergian Ahmad Nawab
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 25 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ DJ Dave amat berduka pemergian Ahmad Nawab
2️⃣ Ringgit dijangka dalam julat kecil
3️⃣ MASwings bakal jadi milik Sarawak
#awaniringkas
1️⃣ DJ Dave amat berduka pemergian Ahmad Nawab
2️⃣ Ringgit dijangka dalam julat kecil
3️⃣ MASwings bakal jadi milik Sarawak
#awaniringkas
Mekanik maut motosikal langgar tiang lampu
Mangsa dipercayai hilang kawalan dan menyebabkannya melanggar tiang lampu di tepi jalan.
Lelaki tiba-tiba hidup semula sebelum jasad dibakar
Sebelum api dinyalakan, tubuh Kumar bergerak secara tiba-tiba. Dia kembali hidup dan bernafas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
1. Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
2. Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
3. Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
1. Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
2. Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
3. Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
AWANI Pagi: Malam Alumni Universiti Malaya 'Jejak Memori'
Malam Alumni Universiti Malaya 'Jejak Memori' merupakan acara penuh nostalgia yang menghimpunkan para alumni dari pelbagai generasi untuk mengenang kembali detik-detik indah di kampus yang telah membentuk perjalanan hidup mereka. Dilaksanakan di Dewan Tunku Canselor yang bersejarah dan penuh nostalgia pada 17 Disember 2024, malam ini menjanjikan kenangan yang tidak akan dilupakan. Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Duta Malaysia dirai naik tuk-tuk sempena berakhirnya tempoh diplomatik yang cemerlang
Acara unik pada majlis perpisahan itu bagi menghormati sumbangan Samuel dan meraikan tempoh perkhidmatannya yang berkesan di Bangkok.
Ahmad Nawab mentor saya - Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau dan banyak perkara yang dipelajari darinya sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Bintang Disney Cameron Boyce meninggal dunia pada usia 20 tahun
Menurut keluarganya, punca kematian adalah disebabkan oleh masalah kesihatan.