Penyanyi kegilaan remaja Justin Bieber telah membatalkan satu daripada dua konsert yang telah dijadualkannya di Portugal minggu depan sejurus selepas menjalani minggu sukarnya di London.

Sejak beberapa hari lalu, penyanyi pop sensasi yang berusia 19 tahun itu mencetus kemarahan peminatnya apabila lewat tampil menghadiri konsert selepas mengalami masalah kesihatan dan bertegang urat dengan jurugambar.

Pegawai Pemasaran Muzik "Everything is new" berkata melalui laman webnya, Bieber telah membatalkan konsertnya di Lisbon pada hari Selasa disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Namun, idola remaja itu masih boleh menghadiri konsert pada Isnin.

Sebuah akhbar berbahasa Portugis bagaimanapun melaporkan tiket pada hari pertama habis dijual namun jualan tiket telah dihentikan pada hari kedua disebabkan kurang permintaan.