Bersedia! Ini senarai filem antarabangsa 'wajib tonton' tahun ini
Senarai filem antarabangsa yang 'awesome' untuk 2019!. Tag rakan-rakan anda, sediakan duit dan popcorn, its movie time !
Yuzir Harafi
Sun Jan 06 2019
Senarai filem antarabangsa yang 'awesome' untuk 2019!
TAHUN 2019 boleh dikatakan tahun yang menarik untuk anda 'berhabis wang' di pawagam dan menonton filem-filem yang hebat. Dari filem animasi hinggalah ke filem aksi.
Selain itu, ada tiga filem animasi Disney yang dahulunya hanya dibaca kisahnya menerusi buku dan juga adaptasi kepada siri TV ataupun filem animasi. Filem-filem itu adalah filem Dumbo, Aladdin, dan The Lion King. Tidak lupa juga filem origin 'The Clown Prince of Crime', iaitu Joker, turut ditayangkan pada tahun ini.
Mari kita lihat senarai filem-filem antarabangsa yang ‘awesome’ dan bakal muncul di pawagam berdekatan anda! Sediakan bertih jagung anda!