Pelakon telefilem Hidupku Solatku Matiku, Nur Fasha Sandha Hassan kini bergelar seorang doktor perubatan dan belajar melakukan pembedahan.
Semuanya gara-gara filem terbaru lakonannya, Dukun Doktor Dani yang diterbitkan oleh Astro Shaw.
Menerusi filem tersebut, Fasha bergandingan dengan Taufik Batisah, Raysha Rizrose, Amerul Affendi, Yus Jambu, Khatijah Tan dan ramai lagi.
“Menerusi filem ini, saya memegang watak sebagai seorang doktor yang bernama Lily. Ini merupakan kali pertama saya membawa karakter sebagai seorang doktor dan ada adegan dalam filem ini yang menuntut saya melakukan pembedahan terhadap pesakit,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengambil inisiatif sendiri dengan melakukan kajian sebelum melangkah ke set penggambaran, ibu kepada dua cahaya mata ini menonton siri televisyen yang berkaitan dengan dunia kedoktoran dan hospital bagi mempersiapkan dirinya memegang watak Lily.
“Saya buat ulangkaji saya sendiri sebagai persediaan saya untuk memegang watak Lily. Saya menonton siri televisyen popular seperti ER bagi mendapatkan pendedahan serba sedikit kehidupan seorang doktor dan bagaimana untuk menjalani pembedahan terhadap pesakit,” ujarnya.
Pertama kali berlakon di bawah arahan pengarah prolifik Sabri Yunus, Fasha mengakui yang dia senang dan gembira dapat bekerja dengan pengarah yang mempunyai sentuhan tersendiri dalam dunia hiburan tanah air.
“Sabri banyak membimbing saya ketika di set penggambaran. Dia seorang pengarah yang berkaliber. Saya banyak timba ilmu menerusi arahan Sabri dan Sabri juga memberi saya peluang untuk saya menggali sesuatu yang baru untuk saya hadiahkan kepada penonton yang bakal menyaksikan filem Dukun Doktor Dani,” jelasnya mengakhiri perbualan.
Gempak
Tue Jun 23 2015
Menerusi filem tersebut, Fasha bergandingan dengan Taufik Batisah, Raysha Rizrose, Amerul Affendi, Yus Jambu, Khatijah Tan dan ramai lagi.
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
'Baik Punya Ah Long' mendominasi carta pawagam selepas sehari ditayangkan
Ia kekal mendominasi meskipun diasak kehadiran filem antarabangsa seperti The Greatest of All Time, Transformers One, dan Hellboy.
Astro Shaw jadi perintis industri filem Malaysia, perkenal treler multi-programatik
Seiring dengan evolusi landskap sinema di Malaysia, permintaan untuk strategi pemasaran kreatif semakin meningkat.
Astro Shaw umum watak ikonik kembali dalam filem Kahar: Kapla High Council
Astro Shaw mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.
#Gold: 'Kalau tak suka, saya pulangkan balik duit' - Pengarah
Menurut Adrian, dia percaya filem itu akan berjaya menambat hati para peminat filem di Malaysia.
#Gold: Farid Kamil bangga terpilih jayakan watak Rashid Sidek
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
Kahar Kapla High Council: Aedy Ashraf, Sky Iskandar pegang watak Beja & Megat
Ia selepas Astro Shaw pada Selasa mengumumkan pemilihan beberapa aktor termasuk Aedy Ashraf yang menggalas watak Beja.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
The Experts diserbu! Jadi pilihan warga Johor untuk ditonton di pawagam
Penonton juga memuji karya luar turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.
The Experts ungguli 'box office', kutip RM5 juta selepas 4 hari tayangan
Rata-rata penonton merasakan babak tersebut amat dekat dengan mereka dan bersetuju karakter adik-beradik tersebut memang wujud.