KUALA LUMPUR: Selepas seminggu dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian 'Raja Metal' Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Mael XPDC, ramai peminat fanatik kumpulan itu tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikan tempat beliau.
Perkara itu diajukan Astro AWANI kepada anggota kumpulan XPDC ketika hadir pada majlis Tahlil Allahyarham Mael di Puchong malam tadi yang turut dihadari oleh ahli keluarganya.
Bagaimanapun menurut mereka, setakat ini perkara itu tidak dibincangkan namun tidak menafikan ia pastinya akan berlaku.
Jelas pemain bass XPDC Zuar, perkara itu perlu dilakukan secara teleti memandangkan karisma Mael dalam dunia muzik genre Rock Metal terlalu kuat.
"Ya lah, mahu tidak mahu kita perlu fikirkannya untuk meneruskan kelangsungan perjuangan XPDC dalam industri hiburan tanah air.
"Namun ia tak mudah dan buat masa ni kami semua belum fikirkannya lagi. Masa ini kita nak fokus dengan beberapa konsert yang perlu kita penuhi mengikut perjanjian dengan penganjur," katanya.
BACA: Belasungkawa: Titian perjalanan Mael XPDC, berpulang malam Jumaat di bulan Syawal
Jelasnya lagi, XPDC akan membuat penilaian yang sesuai bila tiba masanya nanti dan segala aspek akan diambil kira mengikut kesesuaian kriteria tertentu, selain perlu memenuhi 'jiwa' dan watak XPDC.
Bagi konsert yang akan diadakan pula katanya, XPDC akan mengundang beberapa penyanyi jemputan sementara selain menjemput peminat mereka sendiri untuk bersama-sama menjayakannya.
"Tapi penyanyi jemputan itu bukanlah bermakna mereka akan jadi penyanyi tetap XPDC.
"Malah kita juga akan beri peluang kepada peminat setia untuk turut sama menyanyi bersama kita nanti," katanya lagi
Sementara itu XPDC dan pihak keluarga Allahyarham merakamkan rasa terima kasih kepada seluruh rakyat di negara ini yang telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi atas pemergian penyanyi metal tersohor itu.
Menurut adiknya Syed Ali Syed Ibrahim, keluarganya cukup terharu dengan penghargaan dan keprihatinan yang ditunjukkan sepanjang seminggu pemergian Allahyarham.
Baginya, ia sesuatu yang cukup luar biasa dan sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.
Allahyarham meninggal dunia 27 April lalu ketika dikejarkan ke Hospital Muar akibat sesak nafas.
Astro Awani
Fri May 05 2023

Anggota kumpulan XPDC hadir pada majlis Tahlil Allahyarham Mael di Puchong malam tadi yang turut dihadari oleh ahli keluarganya malam tadi. - Gambar/ Astro AWANI
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.
Trump mahu pulihkan hubungan dengan Jong-Un
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuarakan hasratnya untuk memulihkan hubungan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang terjalin semasa penggal pertamanya sebagai presiden.

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Konsert XPDC 'Tribute to Mael, Legacy Continues' ke Singapura 27 September ini
Tiket-tiket akan mula dijual bermula 20 Julai ini sehingga tarikh tutup iaitu pada 27 September nanti.

Belum terlintas untuk cari pengganti Mael - XPDC
Menurut mereka, setakat ini perkara itu tidak akan dibincangkan namun tidak menafikan ia pastinya akan berlaku.

'Mael XPDC tiada galang ganti, sanggup sembunyikan sakit demi peminat'
Ketika ada suara yang mengkritik atau mempersoalkan keupayaan vokalnya di pentas, dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu dalam kalangan peminatnya tahu masalah kesihatannya itu.

Belasungkawa: Titian perjalanan Mael XPDC, berpulang malam Jumaat di bulan Syawal
Buat para penggemar kumpulan rock XPDC, berita yang diterima sekitar pukul 9.00 malam tadi sangat mengejutkan.

Jenazah Mael XPDC selamat dikebumikan
Kira-kira 200 orang memenuhi pekarangan tanah perkuburan bagi menyaksikan upacara pengebumian Allahyarham Mael.

"Mael XPDC... idola rock, tiada pengganti" - Peminat
Peminat setia arwah Mael dan XPDC sebak kenang pemergian artis kesayangan.

Jenazah Mael XPDC dikebumi di Tanah Perkuburan Bakri, Muar pagi ini
Ketika ini, jenazah vokalis XPDC itu berada di kediaman anaknya di Jalan Sungai Abong, Muar.

'Terlalu sakit macam patah, tak dapat bergerak' - Mael XPDC dikejar ke hospital
Doktor memberitahu kesakitan yang dialami Mael bukan disebabkan gout yang dihidapinya.

Ditemui tidak sedarkan diri di rumah, Mael XPDC dikejarkan ke hospital
Vokalis kumpulan XPDC, Mael telah dikejarkan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.