Percaya atau tidak, peminat penyanyi sensasi Korea Selatan, Eric Nam, sanggup membelanjakan hampir RM10,000 demi bertemu dengan idola kegemaran mereka!
Bagi NamNation (nama fandom Eric) tegar, Noradila Nordin, dia sanggup mengikut penyanyi itu menjelajah Asia sempena konsertnya 'Before We Begin'.
Noradila atau lebih mesra disapa Adila, 31 tahun, berkata dia sudah berkunjung ke Singapura dan Bangkok sebelum ini.
“Begitu pun, saya masih berasa teruja untuk menyaksikan persembahan Eric, (kerana) di setiap lokasi yang berbeza, Eric akan ubah konsepnya.
"Sebagai contoh, di Singapura, penampilannya ialah seksi, manakala di Bangkok pula, beliau lebih mesra,” katanya ketika ditemui sebelum berlangsungnya konsert tersebut di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Bagaimanapun, dia mengakui terpaksa membatalkan hasratnya untuk menghadiri konsert tersebut di Jakarta, Indonesia.
“Saya sudah membeli tiket untuk konsert di Jakarta. Bagaimanapun, saya terpaksa membatalkan hasrat ke situ kerana berlakunya kejadian banjir di situ.
“Walaupun keberatan, saya perlu berbuat demikian demi keselamatan saya,” jelas Adila yang mengaku meminati Eric sejak 2010.
Tambahnya, perbelanjaannya yang memakan kos hampir RM10,000 itu disifatkan berbaloi.
“Saya rasa berbaloi kerana saya dapat berkunjung ke tiga negara.
“Di setiap negara, saya bukan sahaja menghadiri konsert, tetapi juga bersiar-siar di situ. Oleh itu, ia berbaloi,” ujarnya.
Adila yang merupakan pensyarah jurusan Pengajian Pengkomputeraan di sebuah universiti tempatan berkata, tidak menjadi masalah baginya untuk mengambil cuti dan melancong.
Ditanya sama ada akan mengikut Eric ke konsertnya di Amerika Syarikat tidak lama lagi, Adila berkata tidak akan berbuat demikian.
“Sudah banyak berbelanja. Cukup-cukuplah dahulu. Mungkin dalam masa lima tahun lagi saya akan pergi,” katanya.
NamNation Korea Selatan sanggup berkampung seawal 6 pagi
Turut menarik perhatian kru Astro AWANI yang membuat tinjauan di The Bee, Publika, tiga peminat yang datang dari Korea Selatan khusus untuk menghadiri konsert Eric.
Soo Kyoung, Enfei dan EunNa nyata sungguh teruja sehingga sanggup berkampung seawal 6 pagi di hadapan lokasi konsert sedangkan ia hanya akan berlangsung pada jam 8 malam.
“Hotel kami berdekatan dengan The Bee, oleh itu kami datang lebih awal iaitu 6 pagi. Saya ingin lihat Eric dengan lebih dekat,” kata Soo Kyoung, 28 tahun.
Katanya lagi, dia gembira dapat menyaksikan persembahan Eric kerana ia memberi kekuatan kepadanya.
“Selamat menamatkan konsert, Eric. Saya berharap Eric akan mengadakan lebih aktiviti di Korea Selatan,” katanya dalam mesej ringkas yang ditujukan kepada Eric.
Enfei, 26 tahun, pula berkata beliau suka segalanya tentang Eric.
“Saya sangat suka Eric. Dia pandai menyanyi, sungguh kacak, ‘cool’ dan sempurna. Setiap kali saya tengok persembahan Eric, saya berasa sangat bahagia.
“Saranghae, Eric oppa. Jumpa di Korea!” kata Enfei dengan teruja.
EunNa, 30 tahun, juga bersetuju dengan Enfei dan berkata dia menggemari Eric kerana kemahirannya menari.
“Saya paling gembira melihat Eric menari. Biarpun perlu menunggu sejak awal, saya tidak berasa letih.
“Saranghae, Eric!” katanya.
Hasil kegigihan mereka bersengkang mata, ketiga-tiga rakan tersebut merupakan pemegang tiket VIP dan menjadi penonton pertama yang memasuki The Bee.
Untuk rekod, pemegang tiket VIP berpeluang untuk mendapat tiket Super Early Entry Standing, pertemuan eksklusif dan sesi bergambar serta satu barangan eksklusif yang telah ditandatangani oleh Eric.
Malaysia menjadi lokasi terakhir dalam konsert jelajah Asia Eric bagi mempromosikan album Bahasa Inggerisnya yang pertama “Before We Begin”.
Konsert jelajah Asia “Before We Begin” turut melibatkan lima lokasi lain iaitu Taipei, Manila, Singapura, Jakarta dan Bangkok.
Isabelle Leong
Sat Jan 18 2020
NamNation yang teruja untuk menyaksikan konsert Eric Nam "Before We Begin". - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
Kereta api bertembung trak bomba, tiada kematian dilaporkan
Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida pada Sabtu.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kejadian mengakibatkan tiga anggota bomba termasuk 12 penumpang kereta api cedera.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kejadian mengakibatkan tiga anggota bomba termasuk 12 penumpang kereta api cedera.
KTMB perkenal tren MySawasdee Butterworth-Hatyai
Tren khas MySawasdee laluan Butterworth-Hatyai kini dalam percubaan. Nikmati perjalanan selesa tanpa tukar tren dengan tambang RM45. Tempoh percubaan hingga 5 Januari.
Polis sahkan terima laporan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan Danau Kota
Kes dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan selanjutnya.
Polis sahkan terima laporan aktiviti curiga di tanah kubur
Polis Daerah Wangsa Maju mengesahkan menerima satu laporan berhubung video tular sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota pada Sabtu.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap buruk di negeri-negeri pantai timur
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan beberapa kawasan di tiga negeri sehingga Isnin.
Nahas Jeju Air: Kedutaan Thailand sahkan dua rakyatnya terlibat
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra melalui akaun rasmi X miliknya, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban dan cedera dalam insiden berkenaan.
UK seru siasatan bebas nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Presiden Rusia Vladimir Putin memohon maaf kepada Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev atas insiden tragis tersebut, tetapi tidak mengakui tanggungjawab Rusia secara langsung.
Korea Utara tekad lancar strategi tegas terhadap AS
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mengadakan mesyuarat penting bagi menetapkan dasar parti pemerintah menjelang tahun baharu.
Mesyuarat tersebut, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Disember, memutuskan bahawa Korea Utara akan melaksanakan strategi paling tegas untuk menghadapi Amerika Syarikat demi melindungi keselamatan dan kepentingan nasional.
Mesyuarat tersebut, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Disember, memutuskan bahawa Korea Utara akan melaksanakan strategi paling tegas untuk menghadapi Amerika Syarikat demi melindungi keselamatan dan kepentingan nasional.
62 maut akibat pesawat Jeju Air terhempas
Sekurang-kurangnya 62 orang maut selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan.
Memetik laporan antarabangsa, kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand, mendarat di lapangan terbang di selatan negara itu.
Memetik laporan antarabangsa, kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand, mendarat di lapangan terbang di selatan negara itu.
Josh Brownhill nafi kewarganegaraan Malaysia
Ketua pasukan Burnley, Josh Brownhill, hari ini menolak khabar angin di media sosial yang mengaitkan dirinya dengan kewarganegaraan Malaysia, sambil menegaskan bahawa beliau adalah warganegara Inggeris.
Menerusi kenyataan di Instagram, pemain tengah berusia 29 tahun itu menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan dengan Malaysia, walaupun terdapat spekulasi mengenainya sejak beberapa hari lalu.
Menerusi kenyataan di Instagram, pemain tengah berusia 29 tahun itu menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan dengan Malaysia, walaupun terdapat spekulasi mengenainya sejak beberapa hari lalu.
#BeforeWeBegininKL: Demi Eric Nam, peminat belanja hampir RM10,000 jelajah Asia
Noradila atau lebih mesra disapa Adila, 31 tahun, berkata beliau sudah berkunjung ke Singapura dan Bangkok sebelum ini.
#BeforeWeBegininKL: Eric Nam akhiri konsert jelajah Asia di Malaysia, janji akan kembali
Bertempat di The Bee, Publika, konsert jelajah Eric 'Before We Begin' di Kuala Lumpur pastinya merupakan penampilan yang paling dinanti-nantikan oleh NamNation.