'Bayi mengeras, lepas tu diam' - Hanis Zalikha kongsi pengalaman bayi dalam kandungan tidak bergerak
Pelakon Hanis Zalikha berkongsi pengalaman bayi di dalam kandungannya tidak bergerak ketika menjalani ibadah puasa.
Gempak
Fri May 17 2019
Namun begitu, keadaan bayi tersebut kembali normal apabila ia mula bergerak selepas Hanis berbuka puasa dalam keadaan segera.- Foto Astro GEMPAK
PELAKON Hanis Zalikha berkongsi pengalaman bayi di dalam kandungannya tidak bergerak ketika menjalani ibadah puasa.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Hanis, ketika hari kedua berpuasa, bayi berkenaan yang sebelumnya sangat aktif tiba-tiba mengeras dan tidak bergerak.
"Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa, maknya jenis okay berpuasa, namun tidaak lapar dan tidak dahaga.
"Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mula mengeras, lepas tu dia diam je, baby yang kali ni sangat responsive tapi masa tu kita geletek dia, Daddy panggil, semua dia tak respon," tulis Hanis dalam kapsyennya.
Namun begitu, keadaan bayi tersebut kembali normal apabila ia mula bergerak selepas Hanis berbuka puasa dalam keadaan segera.
"Daddy dia suruh buka puasa, minum air dan makan, dah teguk susu kurma, makan coklat, biskut, dan baby terus menendang kuat gila," tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang terdiri dari kaum ibu turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Suami Hanis, Pelakon Hairul Azreen mengumumkan kehamilan kali kedua isterinya itu pada 1 November tahun lalu.
Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 itu telah dikurniakan seorang cahaya mata yang comel dan popular sebelum ini iaitu Yusuf Iskandar.