Menerusi laman sosial Twitter, Chong Wei berkongsi beberapa keping foto momen membanggakan tersebut untuk tatapan umum.
“Hari ini saya menghadiri majlis ‘konvokesyen’ pra-sekolah anak saya, Kingston.
“Kingston buat saya bangga. Dia meraih dua anugerah. Satu anugerah untuk ejaan. Saya tak boleh eja perkataan ‘mengeja’ pun semasa saya berumur 6 tahun,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Turut sama hadir menyaksikan majlis graduasi pra-sekolah anak mereka adalah isterinya, Datin Wong Mew Choo yang juga merupakan bekas pemain badminton perseorangan wanita negara.My little big boy tadika "graduation"! https://t.co/SGKUUDBZyY pic.twitter.com/YesuJWrvy3
— Lee Chong Wei (@LeeChongWei) November 16, 2019
Hasil tinjauan Gempak di laman Twitter, ramai wargamaya yang tumpang gembira dengan kejayaan anak jaguh badminton dunia itu.
“Bayangkan beritahu kawan-kawan yang bapa kau adalah Lee Chong Wei,” usik seorang wargamaya.
“Dan mak kau pula adalah Wong Mew Choo, fuhh,” ujar seorang netizen.
“Nanti kalau kena buat presentation pasal ayah, senang suruh je cikgu Google Wikipedia dah lengkap detail,” kata seorang wargamaya.
“Bayangkan balik sekolah, Lee Chong Wei yang datang ambil dia kat sekolah,” komen seorang netizen lagi.
Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo berkahwin pada 10 November 2012 selepas 11 tahun bercinta.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Kingston Lee, 6 dan Terrence Lee, 4 tahun.