Baru dua minggu tayangan, filem "Abang Long Fadil 2" berjaya meraih kutipan sebanyak RM13 juta.
Pengarahnya Syafiq Yusof meningkatkan rasa syukur kerana berjaya menambat minat masyarakat dan penggemar filem tempatan untuk menyokong industri tempatan.
"Alhamdulillah, minggu lepas lima hari RM5 juta. Kita dah sampai hari yang ke-13 dan alhamdulillah kita kutip RM13 juta," kata Syafiq ketika muncul dalam program Agenda AWANI pada Rabu bersama ayahnya dan juga penerbit filem Datuk Yusof Haslam.
Sementara itu, Yusof berkata filem "Abang Long Fadil 2" merupakan hasil kerjasama pertama di antara Skop Production dengan Astro Shaw dengan meletakkan kos hampir 4 juta.
Beliau pada mulanya hanya mensasarkan filem ini mendapat sambutan dan tidak mengalami kerugian, namun tidak menyangka ia mengutip sebanyak RM5 juta dalam tempoh hanya lima hari.
"Ini merupakan pembakar semangat kepada pembikin filem yang lain sebab kita tahu banyak filem tempatan yang merudum sekarang," kata Yusof.
Beliau menambah formula menghasilkan filem yang baik bukan melalui pemilihan pelakon popular semata-mata, tetapi juga aspek lain seperti isi dan jalan cerita yang mampu menarik minat penonton.
"Abang Long Fadil 2" merupakan filem bergenre aksi komedi dibintangi selebriti ternama, antaranya Zizan Razak, AC Mizal, Wak Doyok, dan Syamsul Yusof.
Filem ini mula ditayangkan pada 24 Ogos lalu.
Idzham Mispan
Wed Sep 06 2017

Aksi Zizan Razak (gambar) dalam "Abang Long Fadil 2" yang mula ditayangkan pada 24 Ogos lalu. -YouTube

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Abang Long Fadil 3 raih kutipan RM22 juta, pecah rekod sekuel terdahulu
Sekuel terdahulu, Abang Long Fadil 2 meraih RM18 juta dalam masa 45 hari.

Mira Filzah akui selesa dengan Zizan Razak
Beberapa hari lalu, tersebar dua screenshot Insta Stories yang memaparkan 'usik-mengusik' antara aktres Mira Filzah dan selebriti serba boleh, Zizan Razak.

Tombiruo: Penunggu Rimba kutip RM8 juta, jadi filem kedua terlaris 2017
Filem Tombiruo: Penunggu Rimba berjaya meraih kutipan sebanyak RM8 juta sejak ditayangkan pada 12 Oktober lalu.

Duit palsu satu kontena?
Bayangkan wang tunai yang memenuhi satu kontena berwarna merah itu akhirnya merungkai persoalan apabila ia didapati wang palsu.

'Abang Long Fadil 3' mula penggambaran 2018, kualiti bertaraf Hollywood!
"Abang Long Fadil 3" dijangka membabitkan kos sebanyak RM4 juta dan merupakan hadiah kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap industri filem Melayu tempatan.

Abang Long Fadil 2 kutip RM17.9 juta, di tangga pertama 'box office' Malaysia
Sehingga 2 Oktober 2017, filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) yang dipersembahkan oleh Astro Shaw dan Skop Productions telah mencatat kutipan tiket sebanyak RM17.9 juta.

Baru dua minggu ditayangkan, 'Abang Long Fadil 2' raih kutipan RM13 juta
"Abang Long Fadil 2" merupakan hasil kerjasama pertama di antara Skop Production dengan Astro Shaw dengan meletakkan kos hampir 4 juta.

Wak Doyok berhabis RM15,000 beli baju untuk filem Abang Long Fadil 2
Wak Doyok membelanjakan lebih RM15,00 untuk membeli pakaian demi watak sulungnya dalam filem Abang Long Fadil 2.

Zizan Razak cari jalan terbaik jika bekerjasama dengan Kamal Adli
Pelakon dan Pelawak Zizan Razak mengambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai pengguguran Kamal Adli