SALAH seorang bintang kelahiran X Factor, Tom Mann menyampaikan berita duka apabila mengumumkan tunangnya meninggal dunia hanya beberapa jam sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Mann sepatutnya berkahwin dengan Danielle Hampson yang juga ibu kepada anak mereka yang kini berusia 8 bulan pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun wanita berusia 34 tahun itu meninggal dunia pada pagi sebelum mereka bergelar suami isteri, lapor DailyMail.uk.
Khabar sedih itu diperoleh melalui perkongsian yang dibuat penyanyi dan komposer yang popular bersama Stereo Kicks tersebut di akaun Instagramnya.
“Saya tidak percaya sedang menulis ini tetapi kekasih, cinta hati, sahabat baik dan segalanya untuk saya, Dani telah meninggal dunia pada pagi Sabtu, 18 Jun 2022.
“Dia meninggalkan saya pada hari terhebat kami. Hari kami akan berkahwin. Saya terlalu berdukacita,” tulisnya.
Mann juga menulis: “Saya menangis seperti air laut. Kami tidak sempat bersanding dan mengucap janji cinta apa lagi melakukan tarian pertama sebagai suami isteri.
“Tetapi saya tahu anda tahu bahawa anda adalah perkara terhebat dan terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya, Danielle.”
Lelaki berusia 28 tahun itu juga berjanji akan membesarkan anak mereka dengan baik dan setia memakai cincin perkahwinan mereka sebagai lambang cinta yang tak terbendung.
Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, punca kematian Danielle yang dikatakan sudah menjadi kekasih Mann sejak tahun 2015 tidak diketahui. Danielle juga diketahui tidak menghidap sebarang penyakit serius.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Tue Jun 21 2022
Mann sepatutnya berkahwin dengan Danielle Hampson yang juga ibu kepada anak mereka yang kini berusia 8 bulan pada Sabtu lalu. - Gempak
10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas
Jabatan Bomba masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran
Akta PSMB benarkan HRD Corp buat pelaburan - Peguam
Akta PSMB 2001 adalah sistem perundangan yang mengawal selia dan mentadbir segala perancangan dan pelaksanaan operasi pentadbiran HRD Corp.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket pecah rumah yang disyaki menjadi dalang dalam 15 kes pecah rumah di sekitar daerah Subang Jaya, berjaya ditumpaskan polis, pada Sabtu lalu.
Dua kanak-kanak kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua beradik itu kini berada dalam keadaan kritikal.
EURO 2024: Deschamps tak gusar prestasi hambar Mbappe
Pengendali Perancis Didier Deschamps tampil mempertahankan kapten dan pemain bintangnya, Kylian Mbappe selepas kritikan dilemparkan terhadap persembahan penyerang itu di Euro 2024.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket didalangi lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Bakal isteri bintang X Factor meninggal dunia beberapa jam sebelum majlis kahwin
Tom Mann menyampaikan berita duka apabila mengumumkan tunangnya meninggal dunia hanya beberapa jam sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Demi Lovato tinggalkan X-Factor
Demi Lovato mengundurkan diri daripada X Factor setelah menajdi juri dan mentor selama dua musim.