SHAH ALAM: Penggunaan bahasa yang mudah dan senang difahami antara faktor utama siri animasi popular, Upin & Ipin berjaya mendapat tempat di hati masyarakat Indonesia tanpa mengira usia.
Editor Harian Waspada Medan Muhammad Faisal Jayadi berkata siri animasi itu juga kaya dengan mesej yang positif selain karakternya yang comel.
"Bukan sahaja anak-anak, saya dan isteri juga sangat minat dengan siri animasi itu selain isteri saya boleh menghafal dialog di dalam siri itu.
"Walaupun ia berulang-ulang, mereka (isteri dan anak-anak) tidak pernah bosan, tetap mahu menonton," katanya ketika ditemui Bernama semasa lawatan Delegasi media Indonesia di Les' Copaque Production Sdn Bhd, di sini semalam.
Sesi lawatan itu merupakan antara program lawatan Ikatan Setia Kawan Media Indonesia (Iswami) ke Malaysia selama empat hari bermula Selasa, bertujuan membuka ruang kerjasama strategik media Malaysia dan Indonesia, selain mengukuhkan hubungan serta kefahaman dalam menangani isu yang mempunyai kepentingan bersama.
Program itu adalah kesinambungan daripada Program Pemimpin Media utama Indonesia yang hadir pada Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 di Melaka, 29 Mei lepas.
"Selain itu, ceritanya (siri itu) sangat asli mengenai kisah anak-anak di kampung di Malaysia. Walaupun berbeza agama dan bangsa, tapi bisa rukun dan harmonis," katanya.
Antara yang menyertai program itu ialah Timbalan Ketua Pengarang IDN Times Umi Kalsum, Pengarang Urusan Majalah Tempo Bagja Hidayat, Pengarang Urusan Detik.com Erwin Dariyanto dan Pengarang Urusan Bisnis Indonesia Galih Kurniawan.
"Sebenarnya teater ini sepatutnya dipersembahkan di Indonesia terlebih dahulu pada 2019 namun disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda kita terpaksa hentikan. Insya-Allah, teater ini akan ke Indonesia pada awal tahun depan.
"Di Malaysia, ia dijadualkan berlangsung pada 3 dan 4 Sept ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur manakala di Singapura pada Disember," katanya.
Katanya selain Indonesia, siri animasi itu juga semakin mendapat tempat di India dan beberapa negara lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022

Pengarah Urusan Les' Copaque Burhanuddin Md Radzi (tengah) dan maskot Upin dan Ipin bergambar bersama wartawan dari Malaysia dan Indonesia pada sesi lawatan Ismawi di Les' Copaque Production Sdn Bhd Seksyen 13 Shah Alam, 29 Jun 2022. -- fotoBERNAMA
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Pembinaan Taman Tema Upin Ipin di peringkat rundingan akhir
Taman Tema Upin Ipin kini di peringkat rundingan akhir antara syarikat perfileman animasi popular Les' Copaque Production Sdn Bhd dan MCorp.

Bahasa mudah, sarat mesej buat masyarakat Indonesia terpikat dengan Upin & Ipin
Siri animasi itu juga kaya dengan mesej yang positif selain karakternya yang comel.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kubur Upin Ipin dijumpai di Indonesia? 'Atok' beri penjelasan
Sebuah rakaman video di laman TikTok tular memaparkan dua kubur yang tertulis nama 'Upin dan Ipin' didakwa temukan di Sulawesi Tengah, Indonesia.

Kerajaan diminta ambil tindakan tegas terhadap lanun siber
Burhanuddin berkata kegiatan lanun siber kini dilihat agak membimbangkan dan beliau khuatir penerbit filem tidak berminat untuk menghasilkan karya selepas ini akibat kerugian yang dialami.

Les' Copaque Production saluran YouTube pertama Malaysia cecah 10 juta pelanggan
Les' Copaque Production berjaya mencecah 10 juta pelanggan sekali gus layak menerima anugerah "Diamond Play Button" daripada YouTube.

Melaka cadang jadikan Upin & Ipin sebagai produk pelancongan
Kerajaan negeri Melaka bercadang menjadikan kartun animasi 'Upin & Ipin' sebagai antara produk pelancongan.

Animasi pendek tempatan 'Batik Girl' terima pengiktirafan antarabangsa
Batik Girl telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa, baru- baru ini. Ikuti kisah menyentuh hati kanak-kanak bernama Mas.

'Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal' tersenarai untuk saingan ke Anugerah Oscar 2020
Penyertaan filem itu dibuat sendiri pihaknya dan ia tercetus selepas filem berkenaan berjaya mencipta nama di Festival Filem Montreal.

Upin Ipin luaskan pasaran ke China
Filem animasi kembar nombor satu Malaysia, Upin Ipin, bakal menembusi pasaran di China bulan Mei ini.