PENYANYI Baby Shima bertindak memulakan langkah awal untuk menyaman Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd Rahman Mat Noor dan pendakwah bebas yang juga bekas peserta realiti televisyen, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak.
Peguam yang mewakili Baby Shima, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata, pihaknya telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap kedua-dua individu terbabit masing-masing di Mahkamah Tinggi Ipoh serta Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Katanya, ia difailkan di atas kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan kepalsuan berniat jahat (malicious falsehood).
“Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Noor Azfar, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli tidak berhasrat untuk memberi komen lebih lanjut buat masa ini sebagai menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.
“Pihak kami juga telah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang telah terlibat dalam menyalahgunakan nama anak guam kami bagi tujuan komersial.
“Anak guam kami merizabkan haknya untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut lunas undang-undang negara,” ujarnya.
Terdahulu, Baby Shima dituduh ‘menjual agama’ selepas namanya diumumkan sebagai artis undangan program Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang yang kebetulan berlangsung pada hari sambutan Israk dan Mikraj.
Abd Rahman mendakwa penyanyi dan pelakon terbabit ‘menjual agama’ kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.
PU Syed pula didakwa memfitnah Baby Shima dengan menuduh artis berkenaan tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sebuah konsert, serta boleh terjerumus menjadi golongan Ruwaibidhah. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 12 2023
![Baby Shima saman pemimpin Pas, PU Syed Baby Shima saman pemimpin Pas, PU Syed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689159083_TBBabyShima.jpg)
Baby Shima dan PU Syed. - Foto Sinar Harian
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
Nilai eksport sawit ke Asia Tengah capai RM288.23 juta pada 2024
Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
![Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739347822_tbNajibTunRazak.jpg)
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
![Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.
AWANI Ringkas: Tuduhan ahli kumpulan jenayah terancang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Ugut Baby Shima: Pemandu lori didenda RM4,000 Ugut Baby Shima: Pemandu lori didenda RM4,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735892378_TBBABYSHIMA.jpg)
Ugut Baby Shima: Pemandu lori didenda RM4,000
Seorang pemandu lori berusia 32 tahun didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Sibu selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap Baby Shima.
![Polis berkas lelaki ugut dan ancam Baby Shima di media sosial Polis berkas lelaki ugut dan ancam Baby Shima di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735700900_ZulkipliSuhaili.jpg)
Polis berkas lelaki ugut dan ancam Baby Shima di media sosial
Lelaki berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan pada jam 9.15 malam dan telefon pintar miliknya dirampas.
![Penganjur Konsert Viral Lagu TikTok beri jaminan patuh garis panduan Penganjur Konsert Viral Lagu TikTok beri jaminan patuh garis panduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694997784_KonsertViralLagu.jpg)
Penganjur Konsert Viral Lagu TikTok beri jaminan patuh garis panduan
Penganjur telah dipanggil oleh pihak polis serta MBSP bagi memberi keterangan dan maklumat lanjut berhubung konsert berkenaan.
![PRN: Ada bekas pemain bola, Baddrol Bakhtiar sampai Altimet, Baby Shima apa cerita? PRN: Ada bekas pemain bola, Baddrol Bakhtiar sampai Altimet, Baby Shima apa cerita?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690618538_TBSelebritiBertand.jpg)
PRN: Ada bekas pemain bola, Baddrol Bakhtiar sampai Altimet, Baby Shima apa cerita?
Selain para politikus, ada dalam kalangan selebriti seperti artis dan bekas pemain bola sepak yang ikut bertanding dalam PRN kali ini.
![Baby Shima umum bertanding PRN, mahu bela nasib rakyat Baby Shima umum bertanding PRN, mahu bela nasib rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690247019_babyshima.jpg)
Baby Shima umum bertanding PRN, mahu bela nasib rakyat
Baby Shima bagaimanapun, tidak memaklumkan parti mana yang akan diwakilinya nanti.
![Baby Shima saman pemimpin Pas, PU Syed Baby Shima saman pemimpin Pas, PU Syed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689159083_TBBabyShima.jpg)
Baby Shima saman pemimpin Pas, PU Syed
Baby Shima memulakan langkah awal untuk menyaman Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd Rahman Mat Noor dan pendakwah bebas, PU Syed.
![Cik B, Baby Shima jadi mentor pertandingan 'Fanta6 Stage' Cik B, Baby Shima jadi mentor pertandingan 'Fanta6 Stage'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623895266_FantaStage.jpg)
Cik B, Baby Shima jadi mentor pertandingan 'Fanta6 Stage'
Pertandingan itu adalah salah satu aktiviti sempena pelancaran fitur video pendek yang dilancarkan baru-baru ini.
![Terkena badi lagu baru? Baby Shima benar-benar jatuh sakit! Terkena badi lagu baru? Baby Shima benar-benar jatuh sakit!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570262402_babyshimasakit.jpg)
Terkena badi lagu baru? Baby Shima benar-benar jatuh sakit!
Alamak, bila judul lagu Sakit...
![Wow! 2019 pun tak sangka ada lagi perangai macam ni - Baby Shima buat laporan polis Wow! 2019 pun tak sangka ada lagi perangai macam ni - Baby Shima buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81555473641_baby-shima.jpg)
"Wow! 2019 pun tak sangka ada lagi perangai macam ni" - Baby Shima buat laporan polis
Penyanyi Baby Shima mengakui akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang membuat akaun palsu menggunakan gambar dan namanya.
![Didakwa jual tubuh, Baby Shima beri amaran kepada penyebar fitnah Didakwa jual tubuh, Baby Shima beri amaran kepada penyebar fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51547800997_BABYSHIMA.jpg)
Didakwa jual tubuh, Baby Shima beri amaran kepada penyebar fitnah
Ketika dimaklumkan oleh pengurusannya yang nama dan gambarnya tersebar dalam perniagaan seks atas talian, Baby Shima tergamam.