B.B King telah sah membatalkan semua siri pertunjukan jelajah Amerika Syarikat selepas jatuh sakit ketika di atas pentas, lapor The Blues Magazine.
Lagenda Blues berusia 89 tahun mula kurang sihat ketika pertunjukan di Chicago dan terdapat laporan tidak rasmi yang mengatakan beliau rebah di atas pentas.
Satu laporan ringkas yang dikeluarkan dipetik sebagai berkata: "B.B King telah dibuat penilaian oleh doktor dan dan disahkan menghidap dehidrasi serta mengalami keletihan, menyebabkan baki lapan persembahan siri jelajahnya sekarang dibatalkan."
April lepas, penonton bertindak meninggalkan persembahan BB King di St Louis, manakala ada juga yang mencemih persembahan veteran Blues itu. Penyanyi tersebut kemudiannya menerusi jurucakap membuat permohonan maaf: "Ia merupakan malam yang buruk bagi salah satu lagenda blues Amerika, BB King memohon maaf dan dengan rendah diri memohon peminat memahaminya."
B.B King atau nama sebenarnya Riley B. King merupakan pemuzik blues Amerika, penyanyi, pencipta lagu dan pemain gitar.
Pada 2011, majalah Rolling Stone meletakkan beliau di nombor enam dalam senarai '100 pemain gitar terbaik sepanjang zaman'. Manakala Gibson meletakkan beliau di tangga ke 17 dalam senarai '50 pemain gitar terbaik sepanjang zaman'.
Astro Awani
Tue Oct 07 2014
B.B King batal persembahan kerana tidak sihat (Foto: EPA)
Pesara swasta rugi lebih RM163,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali, yang kemudian memerangkapnya dalam satu skim pelaburan.
Taufan Krathon ragut lima nyawa di utara Filipina
Empat maut di Wilayah Ilocos, kebanyakannya akibat lemas, manakala seorang lagi maut akibat terkena renjatan elektrik di Lembah Cagayan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
Suri rumah maut kereta terbabas elak bangkai lembu
Seorang suri rumah maut manakala suami dan anak perempuannya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas dalam kejadian di Jalan Kota Bharu-Gua Musang.
Banjir: JPN tawar penggantian dokumen pengenalan diri tanpa denda - Saifuddin
Jabatan Pendaftaran Negara menawarkan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan sijil lahir tanpa denda kepada mangsa banjir.
Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.
[TERKINI] Empat kerja digazetkan kawasan larangan merokok mulai 1 Januarai
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.larangan merokok, kementerian kesihatan,
AWANI Ringkas: GISB: Sembilan lagi dilanjut reman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peralihan lesen: Selesaikan saman tertunggak terlebih dahulu - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan mentertai program khas peralihan lesen memandu Malaysia kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).
Dakwaan guru paling ramai palsukan MC tidak bertanggungjawab
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, dakwaan mengaitkan guru sebagai penjawat awam yang paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan memberi persepsi negatif terhadap profesion keguruan
Kematian BB King disiasat sebagai kes bunuh
Kematian legenda Blues BB King akan disiasat sebagai satu pembunuhan, kata Pejabat Koroner Nevada, hari ini.
B.B King batal persembahan kerana tidak sihat
Lagenda Blues berusia 89 tahun mula kurang sihat ketika pertunjukan di Chicago.