PENYANYI dan pelakon Ayda Jebat memberitahu yang dia akhirnya berjaya memujuk dua adiknya, Fyna dan Sabira, untuk menyanyi bersama dalam lagu raya baharu berjudul "Hari Rayayayaya".
Menariknya, ini merupakan kemunculan pertama mereka sebagai The Jebats, selepas hampir lebih 10 tahun tidak menyanyi sebagai sebuah kumpulan.
“Pada awalnya, saya rancang nak nyanyikan lagu ini secara solo, tapi lepas fikir balik, menarik juga kalau ada rakan duet menyanyi sekali.
"Jadi, secara tak langsung, saya terus terfikir untuk berkolaborasi dengan adik-beradik saya iaitu Fyna dan Sabira.
“Ketika zaman persekolahan, kami dikenali sebagai kumpulan SASSU. Jadi, gandingan sebagai The Jebats ini amatlah bermakna sebab sudah hampir 13 tahun kami tidak menyanyi bersama.
“Kalau nak tahu, agak susah juga nak pujuk mereka sebab mereka tinggal di Melaka. Tetapi akhirnya semua dipermudahkan. Adik bongsu kami, Danial juga turut menyumbangkan suara.
“Apabila sudah bersetuju, mereka datang ke Kuala Lumpur untuk rakam suara dan juga proses rakaman klip video,” katanya kepada Gempak.
Menariknya, lagu "Hari Rayayayaya" merupakan lagu ciptaan Ayda sepenuhnya.
Ayda menambah, pengalaman merakam lagu dan klip video disifatkan sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan.
“Saya berasa seronok menyudahkan proses rakaman dan adik-adik saya juga dapat mengalami sendiri bagaimana menjadi Ayda Jebat yang terlibat dalam proses rakaman hingga pagi,” katanya lagi.
Ditanya mengenai konsep, Ayda berkata, klip video single "Hari Rayayayaya" tidak hanya fokus pada suasana Syawal semata-mata.
“Konsep klip video kami bertemakan era 60-an, sepadan dengan genre lagu.
"Kami juga masukkan elemen komedi seperti elemen viral Datuk Seri Vida dan adegan Pak Maon singgah ke rumah terbuka The Jebats.
“Jujurnya, kami tak nak terlalu tekankan mood raya sahaja dalam klip video ini, jadi kami selitkan babak lucu dan sedikit berbeza.
"Insya-Allah jika lagu raya ini berjaya, kami akan merancang untuk merakamkan single pop untuk dirakamkan bertiga,” katanya lagi.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sun May 01 2022
Ayda Jebat memberitahu yang dia akhirnya berjaya memujuk dua adiknya, Fyna dan Sabira, untuk menyanyi bersama dalam lagu raya baharu berjudul "Hari Rayayayaya". -Gempak
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin
Jepun akan meningkatkan langkah keselamatan siber selepas penggodam mencuri 48 bilion yen (AS$306 juta) daripada bursa mata wang kripto Jepun DMM Bitcoin, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayas
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok
Penyanyi Ayda Jebat berkongsi mengenai keadaan terkini ayahnya yang sebelum ini dikhabarkan dimasukkan ke hospital akibat strok.
THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.
Watsons Malaysia lancar kempen 'Dimensi Raya Paling Unik', angkat tema kekeluargaan
Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya bertemakan 'Dimensi Raya Paling Unik' yang menampilkan promosi menarik di kedai dan atas talian serta filem jenama bertajuk Watsons Dimensi Raya Paling Unik.
Ayda Jebat syukur, selamat bersalin anak kedua
Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir timang cahaya mata lelaki pada 12.12.2023.
'Nak tegur tapi tak terkeluar pula kata' - Ayda Jebat tak selesa perut disentuh ketika bergambar
Tidak selesa dengan situasi itu, Ayda bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika ada peminat ingin bergambar dengan memegang bahu atau tangan namun tidak berlebihan dengan mengusap perutnya.
Ayda Jebat bakal timang anak lelaki
Pengumuman itu dibuat menerusi pelancaran klip video dan lagu terbaharunya, Be Mine.
'Maaf, lepas gian' - Ayda Jebat ditegur terlalu lincah di atas pentas ketika hamil
Ayda bagaimanapun mengatakan dia belum lagi dalam keadaan sarat memandangkan usia kandungannya masih dalam lima bulan.
Ayda Jebat tak sampai hati tengok kaki netizen melecet, nak bayar balik RM638
Ayda mahu membeli semula kasut berkenaan dengan harga asal supaya pengguna Twitter tersebut dapat beli kasut baharu yang lebih selesa.
Ayda Jebat usik Nabil idam anak lelaki
Ayda secara berseloroh turut mengusik suaminya yang beria-ia mahu menikmati hidangan daging wagyu dalam misi untuk cuba dapatkan anak lelaki.
Kahwini Nabil Mahir kerana harta? Ini jawapan Ayda Jebat...
Ayda tegaskan dia bukan jenis wanita yang memandang harta, jauh sekali untuk meminta-minta.