Astro menggondol dua anugerah di Dragons of Malaysia and Asia Awards malam tadi.
Salah satu anugerah diterima menerusi filem Ola Bola terbitan Astro Shaw yang ditayangkan tahun lepas.
Ola Bola diumumkan sebagai penerima anugerah emas bagi kategori Best Entertainment Campaign. Tahun lalu, Astro memenangi anugerah yang sama menerusi filem Polis Evo.
Bagi Penolong Naib Presiden Bahagian Pemasaran dan Pengedaran Astro Shaw, Norsalvina Alwee, kemenangan Ola Bola cukup bermakna kerana filem tersebut meninggalkan kenangan manis bagi bahagian pemasaran Astro.
"Tahun lepas kita (Astro) menang menerusi filem Polis Evo dan tahun ini filem Ola Bola pula yang menang, jadi kemenangan ini sangat bererti kerana filem ini kenangan manis untuk keseluruhan bahagian pemasaran Astro.
"Kalau ikutkan, dengan Ola Bola ini, bukan hanya bersatu dalam filem tetapi seluruh Astro bersatu untuk memasarkan filem ini," katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut.
Manakala salah seorang pelakon Ola Bola, Taufiq Hanafi, kemenangan itu cukup bermakna bagi dia dan pelakon lain.
"Kami (pelakon Ola Bola) ingin mengucapkan terima kasih dan sebanyak-banyak tahniah kepada pasukan pemasaran Astro malaysia yang bertungkus-lumus dan bersusah payah menghasilkan idea yang terbaik untuk filem Ola Bola," katanya.
Drama bersiri Suri Hati Mr Pilot pula memenangi anugerah perak bagi kategori Best Social Media or Word Of Mouth Campaign.
Irwan Muhammad Zain
Wed Oct 11 2017

Karyawan yang berusaha di sebalik kejayaan filem 'Ola Bola' merakamkan gambar kenangan pada malam anugerah. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.

TNB rangkul Anugerah Emas SSON Asia Impact Awards 2022, atasi 11 syarikat gergasi lain
Inisiatif itu memberi manfaat kepada usahawan untuk menampung kos operasi selepas berdepan pandemik COVID-19.

Pavilion Malaysia rangkul Anugerah Emas pertama di Ekspo 2020 Dubai
Pavilion Malaysia merangkul Anugerah Emas pertamanya bagi kategori Tafsiran Tema sempena Anugerah Pavilion Ekspo 2020 Dubai, yang dihoskan penganjur Bureau International des Expositions.

Astro menang Anugerah Putra Brand 2018
Astro telah memenangi Anugerah Emas kategori 'Media Rangkaian' di Anugerah Putra Brand 2018 yang berlangsung malam tadi.