KUALA LUMPUR: Pavilion Malaysia merangkul Anugerah Emas pertamanya bagi kategori Tafsiran Tema sempena Anugerah Pavilion Ekspo 2020 Dubai, yang dihoskan penganjur Bureau International des Expositions.
Kategori ini mengiktiraf tafsiran pavilion (bagi yang berukuran kurang daripada 1,750 m2) berkaitan tema Ekspo 2020 Dubai, 'Menghubungkan Minda, Mencipta Masa depan', dengan subtema 'Kelestarian, Mobiliti dan Peluang'.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan pada Jumaat berkata setiap pavilion dinilai dari segi keberkesanan komunikasinya dengan dunia mengenai usaha untuk menyelesaikan cabaran mendesak yang berkaitan dengan tema tersebut.
Membawa tema 'Energising Sustainability', Pavilion Malaysia menceritakan bagaimana kemajuan sosioekonomi boleh berlaku tanpa mengorbankan alam sekitar, dengan rakyat membina kemajuan ke arah masa depan yang lebih mampan.
Mengikut kenyataan tersebut, Malaysia turut menerima anugerah penghormatan bagi Reka Bentuk Lestari Terbaik untuk Anugerah Ekspo Dunia oleh Majalah EXHIBITOR, yang menyaksikan Pavilion Austria menduduki tempat pertama.
Mengulas mengenai pencapaian tersebut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia satu kemenangan yang penting bagi negara kerana ini merupakan Anugerah Emas pertama Malaysia di Ekspo Dunia, sekali gus mencerminkan kejayaan dalam memberitahu dunia tentang komitmen negara ke arah kelestarian menerusi pengekalkan biodiversiti.
"Kami amat berbangga dengan anugerah ini oleh penganjur Ekspo 2020 Dubai. Kami harap kami telah meninggalkan impak positif kepada pengunjung Pavilion Malaysia dan memberi inspirasi ke arah perubahan dalam apa juga cara yang mereka boleh.
"Sebagai kementerian yang menerajui penyertaan Malaysia di Expo 2020 Dubai, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan Pavilion kita dalam menceritakan kisah Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Zainal Abidin Abu Hassan berkata anugerah tersebut bukti minda kreatif rakyat Malaysia dalam mereka bentuk pavilion yang melestarikan alam sekitar dari aspek pembinaan hingga kepada penggunaan sumber bahan mentah, serta sumber tenaga.
"Usaha kami ini juga telah membolehkan kami mendapat pengiktirafan sebagai pemasangan Net Zero Carbon pertama di Expo 2020 Dubai," katanya.
Ekspo 2020 Dubai berakhir pada Khamis selepas enam bulan berlangsung sejak 1 Sept lepas.
Acara bersejarah lima tahun sekali itu diiktiraf sebagai acara ketiga paling ramai dikunjungi di dunia selepas Piala Dunia FIFA dan Sukan Olimpik.
Osaka, Jepun akan menjadi tuan rumah bagi Ekspo Dunia seterusnya pada 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022

Dr Adham berkata ia satu kemenangan yang penting bagi negara kerana ini merupakan Anugerah Emas pertama Malaysia di Ekspo Dunia. - Foto BERNAMA
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Ekspo 2020 Dubai sambut Hari Malaysia
Ekspo 2020 Dubai yang bertemakan "Menghubung Minda, Mencipta Masa Depan" telah membuka banyak peluang pasaran yang baharu dan menarik bagi Malaysia.