LOS ANGELES: Marvel Studios di bawah Walt Disney Co pada Isnin menggalakkan para peminat adi wira di Amerika Syarikat untuk kembali ke panggung wayang sebagai tanda sokongan kepada pengusaha panggung yang terjejas teruk akibat pandemik.
Reuters melaporkan, seruan itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun dunia hiburan kini bersaing sengit dengan perkhidmatan penstriman langsung.
“Jumpa di panggung wayang,” pesan di video trailer berdurasi 3 minit yang direka untuk menarik perhatian umum tentang beberapa filem Marvel termasuk Black Widow, Eternals dan sekuel Black Panther.
Video itu juga menunjukkan rakaman keseronokan dari dalam sebuah panggung ketika penonton bersorak sewaktu adegan pertempuran akhir filem Avengers: Endgame pada April 2019 lalu.
Masa depan panggung wayang masih tidak menentu selepas ditutup operasi semenjak pandemik COVID-19 melanda.
Pengusaha panggung bebas mahupun rangkaian gergasi seperti AMC Entertainment, Cineworld Plc dan Cinemark Holdings Inc berharap filem-filem blockbuster Marvel dan penerbit lain mampu menarik kunjungan penonton kembali.
Pada masa yang sama, Disney dan beberapa syarikat media lain kini melabur sehingga berbilion-bilion dolar untuk bersaing dengan Netflix Inc dengan menawarkan pilihan penstriman kepada konsumer di rumah.
Disney misalnya, menawarkan filem Black Widow dengan caj AS$30 menerusi perkhidmatan penstriman Disney+ pada masa yang sama ia ditayang di panggung pada Julai nanti.
Bagaimanapun, belum ada perancangan seumpamanya bagi sembilan lagi filem Marvel yang lain. Kesemua filem berkenaan dirancang untuk menemui penonton sepanjang dua tahun ke hadapan.
Agensi
Tue May 04 2021

Pengusaha panggung wayang berharap dapat mengembalikan keterujaan penonton dengan barisan filem blockbuster daripada Marvel Studios. - Reuters

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.

Pertunjukan dron 'Deadpool & Wolverine' pecah rekod dunia dua kali
Pertunjukan dron oleh Marvel mencipta rekod di San Diego Comic-Con dengan menggunakan 1,599 dron untuk membentuk imej Deadpool.

Kuala Lumpur jadi lokasi penggambaran filem Marvel 'Thunderbolts'
Filem yang bakal ditayangkan pada bulan Mei tahun hadapan itu didakwa telah menjalani penggambaran di pelbagai lokasi di Kuala Lumpur.

'Cocaine Bear' catat prestasi luar biasa
'Cocaine Bear' berjaya mengutip AS$23.1 juta pada minggu pertama tayangan box office di Amerika Syarikat.

'Hawkeye' Jeremy Renner semakin pulih
Bintang Avengers itu membuat naik satu swafoto di akaun Instagram miliknya serta mengucapkan terima kasih kepada peminatnya.

Lelaki paling seksi dunia, Chris Evans tampil dengan kekasih berusia 25 tahun
Evans dan Baptisa dilihat berjalan santai dengan memakai pelitup muka dan cermin mata hitam yang sepadan.

'No Way Home' buka perjalanan baru, penuh emosi untuk Spider-Man
Setelah sekian lama menanti, akhirnya filem adiwira Spider-Man: No Way Home oleh Marvel Studios 'menghayun' ke pawagam berdekatan anda.

Eternals ungguli carta domestik AS untuk minggu kedua
Di peringkat global, Eternals berjaya meraih AS$281.4 juta.

Lindungi hak pemilikan: Marvel saman artis asal dan waris pencipta Spider-Man, adiwira lain
Saman sivil yang difailkan oleh Marvel bertujuan menyekat sebarang tuntutan hak dibuat oleh pengkarya asal.

Park Seo-joon bintangi filem terbaharu Marvel?
Terdapat desas-desus bahawa Park merupakan salah seorang pelakon dalam sekuel Captain Marvel, berjudul The Marvels.

Iron Man 'unfollow' rakan-rakan MCU, peminat terkejut
Walaupun wataknya ditamatkan sebagai hero dalam Avengers: Endgame 2019, peminat Marvel masih membuat spekulasi Downey akan kembali bersama MCU.