PENYANYI Datin Alyah mendedahkan Allahyarham Ridzuan Hashim mempunyai pertalian keluarga dengannya dan merupakan individu terawal yang membantu kerjaya seninya sekitar tahun 2001.
Alyah, 42, berkata, Ridzuan juga pernah menulis lirik lagu berjudul Kita Adalah Kita pada awal kemunculannya sebagai anak seni.
"Saya tak pasti bagaimana pertalian keluarga kami. Apa saya tahu arwah adalah saudara di sebelah arwah bapa saya. Kami memanq sudah lama tidak berjumpa.
"Tetapi arwah adalah antara orang penting ketika awal saya menjadi penyanyi. Arwah lah bawa saya dalam industri seni ini.
"Malah arwah abang juga pernah berpesan kepada Ridzuan untuk menjaga saya dan dia anggap saya seperti adiknya.
"Arwah Ridzuan antara salah seorang penulis lagu Kita Adalah Kita yang pernah saya nyanyikan di awal kemunculan dahulu," kongsinya kepada Gempak.
Alyah ditemui ketika pengebumian Ridzuan di Masjid Al Muttaqin, Batu 16, Dusun Tua Hulu Langat, semalam.
Tambah Alyah dia terkejut dengan pemergian Ridzuan kerana tidak pernah mengetahui tentang penyakitnya ketika berjumpa kali terakhir sebelum pandemik COVID-19.
"Saya dah lama lost contact dengan arwah sehingga lah kami berjumpa kembali kira-kira tiga tahun lalu.
"Saya tak sangka dia pergi cepat kerana saya sendiri tidak tahu dia sebenarnya sedang sakit," tambahnya.
Ridzuan atau Mohd Ridzuan Hashim, 62, meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Khamis selepas rebah ketika sedang bersarapan di kediamannya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. -- Gempak
Gempak
Sat May 06 2023

Alyah berkata dia terkejut dengan pemergian Ridzuan kerana tidak pernah mengetahui tentang penyakitnya ketika berjumpa kali terakhir sebelum pandemik COVID-19. -- Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Welcome to the D's family' - Anak teruna Didie Alias selamat diijab kabul
Didie turut memanjatkan kesyukuran di atas kelancaran majlis tersebut serta gembira menerima kehadiran ahli keluarga baharu.

'Mommy tahu abang kuat' - Didie Alias sayu perkahwinan anak lelaki esok tanpa Ridzuan Hashim
Lebih sayu, perkahwinan anak lelaki sulung Didie tidak ditemani bapa Dhanial iaitu Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Mei lalu.

Anak Ridzuan Hashim terkilan tak dapat tunaikan permintaan terakhir bapa
Diyana menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya memberitahu bahawa bapanya adalah sumber kekuatannya.

"Arwah yang bawa saya dalam industri ini"- Alyah dedah Ridzuan Hashim saudaranya
Alyah mendedahkan Ridzuan Hashim mempunyai pertalian keluarga dengannya dan merupakan individu terawal yang membantu kerjaya seninya.

Belasungkawa: Pengorbanan seorang Ridzuan Hashim; antara cinta dan kelangsungan hidup
Malaysia kini kehilangan pelakon Ridzuan Hashim, anak seni yang berwibawa dan berjiwa besar.

Tiada dendam, dia ayah kepada anak-anak saya - Didie Alias syukur dapat uruskan bekas suami
Katanya, dia mengambil perkara itu sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul dengan ikhlas tanpa ada rasa dendam.

Jenazah Ridzuan selesai disembahyang, akan dikebumikan di Hulu Langat
Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat malam ini.

'Bapa disyaki kena serangan jantung' - Anak pelakon Ridzuan Hashim
Anak kepada pelakon terkenal, Ridzuan Hashim memaklumkan bapanya meninggal dunia di kediaman sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.

Berita kematian ADUN Telok Pasu, Ridzuan Hashim adalah palsu
Laman sosial Facebook 'Ustaz Ridzuan Hashim Official' turut menafikan penyebaran berita palsu mengenai status kesihatan Ridzuan.