Filem Argo diumumkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Anugerah Akademi ke 85 yang berlangsung sebentar tadi. Filem arahan Ben Affleck itu turut memenangi kategori Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Suntingan Terbaik.

Kejutan dilakukan oleh pengarah Ang Lee apabila memenangi trofi Pengarah Terbaik menerusi filem Life of Pi. Filem itu turut memenangi kategori Skor Muzik Asal Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

AMPAS turut mengiktiraf pelakon Daniel Day Lewis dari filem Lincoln sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Jennifer Lawrence dari filem Silver Linings Playbook sebagai Pelakon Wanita Terbaik.