SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, Apple dilapor sedang membangunkan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat.

Industri berkenaan boleh dikatakan kini diterajui oleh Samsung, dan mempunyai pegangan pasaran yang terbesar berbanding pelbagai pengeluar lain di pasaran.

Terbaharu, mengikut laporan 9to5Mac, dikatakan Apple sedang merancang untuk memperkenalkan dua telefon boleh lipat menjelang 2026.

Difahamkan Apple akan memperkenalkan iPhone boleh lipat dan juga iPad boleh lipat pada tahun berkenaan.

Walaupun tidak dinyatakan, mungkin kita boleh melihat iPhone boleh katup selain iPhone boleh lipat yang dibuka menjadi iPad.

Pihak Apple tidak menyatakan sebarang perkara secara rasminya berkenaan hal ini. Namun, dengan pelbagai desas-desus yang hadir kebelakangan ini, mungkin kita akan melihat Apple memperkenalkan peranti boleh lipat mereka dalam beberapa tahun lagi. -Amanz