Bagi yang merindui aktres jelita yang kini sudah berusia 40 tahun ini, Hichki mungkin mampu mengubat kerinduan anda.
Diterbitkan Yash Raj Films, Hichki lari dari tipikal filem Bollywood ketika ini yang sarat adegan memualkan dan mencolok mata.
Hichki (sedu dalam Bahasa Melayu) mengisahkan kisah Naina Mathur (Rani) yang menghidap sindrom Tourette yang membuatkannya mengeluarkan bunyi seakan sedu. Sindrom itu menyebabkan hasratnya untuk bergelar guru berdepan halangan dan penolakan.
Malah sindrom itu juga pernah mengakibatkan dia dibuang sekolah disebabkan aduan pelajar lain yang terganggu dengan bunyi itu.
Naina akhirnya berjaya diterima mengajar di sebuah sekolah elit St. Notkers. Naina diyakinkan bekas pengetua sekolah itu Mr Khan (Vikram Gokhale) yang berjanji piihak sekolah akan melayannya dengan baik dan menyerlahkan potensi dirinya yang sebenar.
Moralnya biar apa jua kekurangan anda, jangan pernah putus asa menggapai cita-cita dan impian.
Sebagai tanda sokongan, ‘suami’ Rani Mukherjee dalam KKHH turut hadir ketika tayangan khas filem itu di depan pelakon dan kru. Fotonya dikongsi seorang lagi pelakon Hichki, Rohan Saraf.
Hichki arahan Siddharth P. Malhotra telah ditayangkan di Malaysia sejak 23 Mac lalu serentak dengan tayangannya di India.