WAH bukan main meriah ya, selebriti tanah air pergi ke pertunjukan fesyen di kota Paris.

Sudah semestinya mereka melaram sakan dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar lebih-lebih lagi dengan selebriti antarabangsa.

Jika anda peminat filem Mohabbatein, sudah pasti anda akan cemburu dengan gambar yang dikongsikan oleh pelakon terkenal tanah air, Anzalna Nasir.

Pelakon yang popular menerusi drama Memori Cinta Suraya berkongsi gambarnya bersama dengan pelakon Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan ketika menghadiri salah satu pertunjukkan yang diadakan di Iconic Monnaie de Paris.

Anzalna juga bergurau di melalui kapsyennya iaitu dia terlupa membawa kasut tumit tinggi tujuh inci.

“Terlupa pula nak pakai 7 inch heels! Aishwarya Bachchan with Anzalna belacan!,” katanya di Instagram


Gambar tersebut telah mendapat pelbagai respon dan juga 29,000 tanda suka.

Bukan Anzalna sahaja yang sempat merakamkan momen manis bersama selebriti antarabangsa malah Penyanyi, Yuna juga berkongsi gambarnya bersama Cardi B dan salah seorang ahli BlackPink, Jennie.

Pelakon dan pengacara MeleTOP, Neelofa pula mengambil alih Instagram rasmi majalah fesyen terkenal iaitu Vogue Italia pada Selasa.

BACA: Bukan senang ya! Neelofa diberi kepercayaan kendali Instagram Vogue Italia