BEBERAPA jam menjelang upacara angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46, Joe Biden, pemerhati politik di seluruh dunia kini menumpukan perhatian ke Washington.
Dalam pada banyak pihak mengharapkan detik itu membawa peluang melakar sejarah baharu bagi Negara Uncle Sam itu, sama ada dari segi perubahan positif di dalam negara tersebut dan juga dasar antarabangsa, ramai juga yang sekadar merasai kelegaan dan keterujaan untuk melihat sosok baharu yang menggantikan Donald Trump yang penuh kontroversi.
Golongan selebriti di negara berpopulasi 328 juta itu juga tidak berkecuali dalam menzahirkan perasaan mereka menerusi pelbagai saluran media sosial.
"Hari ini merupakan pengakhiran kepada kemusnahan negara, namun aib itu akan kekal dalam sejarah buat selamanya," itu kata-kata Chrissy Teigen, model, personaliti dan isteri kepada penyanyi John Legend dalam satu entri di laman Instagram rasminya sambil bergambar dengan latar belakang Pentagon, pada Rabu.
Malah, menjelang upacara berkenaan yang dijangkakan bermula seawal 11 pagi Rabu (waktu AS), rata-rata nama terkemuka Holywood menyatakan perasaan teruja mereka berdepan peralihan kuasa dan pentadbiran baharu yang bakal menggantikan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Dalam pada itu, Jennifer Lopez atau lebih popular disapa sebagai J.Lo memuat naik entri di media sosialnya bersama angkatan tentera AS yang dianggap hero sebenar, bagi meraikan detik sejarah yang penuh bermakna.
“Saya sungguh terharu kerana dapat meluangkan masa bersama jejaka dan wanita berani ini. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda, saya beri penghormatan kepada anda saat ini dan selamanya,” kata penyanyi popular yang turut akan memeriahkan acara keraian selepas angkat sumpah itu dengan persembahannya.
Selain itu, Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta turut tidak ketinggalan. Gaga malah dipilih sebagai bintang yang bakal menyanyikan lagu kebangsaan sewaktu majlis angkat sumpah Biden bermula 12:15 malam Khamis (waktu Malaysia).
“Saya berdoa agar hari ini hari yang penuh keamanan buat semua warga Amerika, hari yang penuh cinta dan bukan benci, hari penerimaan dan bukan ketakutan, hari untuk kita mencapai keceriaan di seluruh negara,” kata Gaga dalam ciapan di laman Twitter.
Ciapan itu disertai foto Gaga memakai busana lengkap berwarna putih bersama pelitup muka sambil bergambar di dalam bangunan Capitol, sehari sebelum upacara angkat sumpah.
Selebriti ternama yang turut akan muncul memeriahkan acara susulan pada malam (waktu AS) termasuk Tom Hanks sebagai hos, serta persembahan dari Justin Timberlake, Demi Lovato, Jon Bon Jovi dan Ant Clemons.
Berikut adalah antara selebriti lain yang turut memuat naik hantaran di akaun media sosial masing-masing, yang berkaitan dengan sambutan upacara angkat sumpah Joe Biden dan Kamala Harris:
Saraya Mia
Wed Jan 20 2021
![Angkat sumpah Joe Biden: Ini reaksi selebriti terkemuka Amerika Angkat sumpah Joe Biden: Ini reaksi selebriti terkemuka Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611153320_TBLADYGAGAPEACE.jpg)
Lady Gaga memakai busana lengkap berwarna putih bersama pelitup muka sambil bergambar di dalam bangunan Capitol, sehari sebelum upacara angkat sumpah. - Gambar Twitter
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Presiden terpilih Iran Masoud Pezeshkian angkat sumpah pada 30 Julai Presiden terpilih Iran Masoud Pezeshkian angkat sumpah pada 30 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720243231_tbMasoudPezeshkian.jpg)
Presiden terpilih Iran Masoud Pezeshkian angkat sumpah pada 30 Julai
Pengumuman itu dibuat oleh Mojtaba Yousefi, ahli lembaga pengerusi Parlimen Iran, pada Rabu.
![Pemimpin pembangkang India angkat sumpah Ketua Menteri buat kali ketiga Pemimpin pembangkang India angkat sumpah Ketua Menteri buat kali ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720108736_HemantSoren.jpg)
Pemimpin pembangkang India angkat sumpah Ketua Menteri buat kali ketiga
Hemant Soren, 48, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Jharkhand buat kali ketiga.
![Kabinet baharu Mesir angkat sumpah Kabinet baharu Mesir angkat sumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720042829_EgyptNewCabinet.jpg)
Kabinet baharu Mesir angkat sumpah
Abdel-Fattah menaikkan pangkat Abdel-Maguid Sakr kepada Leftenan Jeneral dan melantiknya sebagai Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera.
![Kerajaan baharu Belanda angkat sumpah, lebih 220 hari selepas pilihan raya Kerajaan baharu Belanda angkat sumpah, lebih 220 hari selepas pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719985995_TBDickSchoof.jpg)
Kerajaan baharu Belanda angkat sumpah, lebih 220 hari selepas pilihan raya
Kerajaan baharu Belanda secara rasmi mengangkat sumpah pada Selasa, lebih 220 hari selepas pilihan raya umum pada November lepas.
![Baderul Amin dilantik sebagai Datuk Bandar Seberang Perai baharu Baderul Amin dilantik sebagai Datuk Bandar Seberang Perai baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719440692_BaderulAmin.jpg)
Baderul Amin dilantik sebagai Datuk Bandar Seberang Perai baharu
Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Baderul Amin Abdul Hamid mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Seberang Perai baharu.
![Cyril Ramaphosa angkat sumpah Presiden Afrika Selatan bagi penggal kedua Cyril Ramaphosa angkat sumpah Presiden Afrika Selatan bagi penggal kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718810001_TBCyrilRamaphosa.jpg)
Cyril Ramaphosa angkat sumpah Presiden Afrika Selatan bagi penggal kedua
Upacara mengangkat sumpah dijalankan dalam satu majlis berwarna-warni yang dihadiri beberapa ketua negara dan kerajaan di ibu negara Pretoria.
![Fahmi sampaikan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Agong kepada Tun Juhar Fahmi sampaikan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Agong kepada Tun Juhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718021204_TBFahmiFadzil.jpg)
Fahmi sampaikan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Agong kepada Tun Juhar
Fahmi hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu di sini bagi menyampaikan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
![To Lam angkat sumpah Presiden baharu Vietnam To Lam angkat sumpah Presiden baharu Vietnam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716373001_TBTOLAM.jpg)
To Lam angkat sumpah Presiden baharu Vietnam
Presiden Vietnam yang baru dipilih, To Lam mengangkat sumpah jawatan pada Rabu.
![Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692266870_TBWILLIAMLAICHINGTE.jpg)
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
![Kabinet baharu Palestin angkat sumpah Kabinet baharu Palestin angkat sumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61711937677_MohammadMustafa.jpg)
Kabinet baharu Palestin angkat sumpah
Perdana Menteri Mohammad Mustafa telah membentuk kerajaan teknokratik untuk membantu membina semula Gaza.