Pelakon terkenal Hong Kong, Andy Lau dan Louis Khoo dijangka membuat kemunculan istimewa khas untuk peminat mereka sempena penganjuran julung kali Festival Filem Aksi Sabah-Hong Kong pada Mac tahun depan.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew berkata acara itu akan menjadi platform untuk menggalakkan pertukaran budaya antara Sabah dan Hong Kong serta memperkenalkan keindahan Negeri Di Bawah Bayu kepada pengeluar filem Hong Kong untuk membuat penggambaran di negeri ini.
"Kami sedang berusaha untuk mendapatkan Jackie Chan menghadiri (festival ini). Kami dengar beliau memberikan maklum balas positif, namun belum ada pengesahan," katanya pada sidang media mengenai festival filem itu di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong, penganjur pemimpin masyarakat Cina Kota Kinabalu (Kapitan) Li Su Fook dan wakil syarikat produksi Hong Kong, In My Heart Production Co, Gin Lau.
Liew yang menyokong penganjuran festival filem itu berkata venue acara gilang-gemilang itu, yang dijangka berlangsung selama lima hari dari 19 Mac tahun depan, masih belum ditentukan.
Lapan pelakon filem Hong Kong telah disenarai pendek untuk festival filem itu, yang juga menyasarkan peminat filem Hong Kong dari seluruh dunia, terbang ke Sabah untuk menyaksikan festival berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018

Selain Andy lau (kiri) dan Louis Khoo, penganjur sedang cuba mendapatkan Jackie Chan untuk menghadiri festival tersebut. - Instagram/@kootinlok_louis/@andylauox

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Nasi kuning jejaka kacak persis pelakon terkenal Korea 'Lee Min Ho' laris
Selain perniagaan yang semakin laris, Dobby turut mengakui terdapat wanita yang mengajaknya keluar, namun dia menolak dengan baik.

Pengarah filem 'Police Story' Benny Chan meninggal dunia
Benny mengaku tidak sihat tahun lepas ketika mengarahkan filem aksi "Raging Fire" lakonan Donnie Yen dan Nicholas Tse.

Pelakon Andy Lau cedera tulang pelvik, jatuh dari kuda sewaktu penggambaran
Pelakon terkenal Hong Kong, Andy Lau dilaporkan patah tulang belakang ketika sedang menjalani penggambaran iklan di Thailand.

Jaguh MMA negara ditampilkan dalam filem aksi 'J Revolusi'
Grand Brilliance bakal menerbitkan sebuah filem aksi yang akan menampilkan jaguh MMA negara seperti Peter Davis dan Saiful Merican.