Anak-anak gelandangan di Yayasan Chow Kit terkejut melihat permainan Lego boleh dimakan dan teruja apabila mengetahui ia berperisa coklat.
Gelagat comel anak-anak kurang bernasib baik ini dapat dilihat pada episod ke-12 program Semanis Fondant baru-baru ini.
Episod baru-baru ini sedikit berbeza kerana mereka menerima tempahan kek untuk sambutan hari lahir puluhan kanak-kanak yang juga penghuni Yayasan Chow Kit.
Chef Adu dan Shalma telah bertemu dengan wakil Yayasan Chow Kit untuk berbincang mengenai tempahan kek kepada anak-anak di rumah kebajikan tersebut yang belum pernah menyambut hari lahir masing-masing.
Bakers Team sangat teruja setelah mendapat penerangan daripada Chef Adu untuk tempahan kek Lego ini. Mereka dibantu oleh tiga orang chef jemputan kerana proses menyediakan kek kali ini sangat rumit kerana merangkumi banyak elemen figura.
Sementara itu, Chef Imelda cuba menonjolkan diri sebagai ketua dalam membuat kek ini kerana Lego merupakan kegemarannya. Namun, Chef Sherry agak berasa kurang senang dengan tindakan Chef Imelda itu yang kelihatan sedikit 'bossy'.
Kek Lego yang lengkap dengan dekorasinya sedia untuk dihantar ke majlis sambutan hari lahir anak-anak Yayasan Chow Kit. Anak-anak yang kurang bernasib baik ini berasa sangat teruja apabila melihat kek hari jadi pertama mereka.
Mereka bagai tidak percaya melihat Lego berwarna warni di depan mata mereka itu sebenarnya kek dan boleh dimakan.
Saksikan Semanis Fondant episod akhir pada Isnin ini jam 9.30 malam eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Gempak
Thu Mar 31 2016

Anak-anak Yayasan Chow Kit gembira apabila mereka diraikan dengan kek bertema Lego baru-baru ini oleh prosuksi program Semanis Fondant. - Foto Instagram Imelda Harris
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Anak-anak Chow Kit terkejut tengok Lego boleh dimakan!
Anak-anak gelandangan di Yayasan Chow Kit terkejut melihat permainan Lego boleh dimakan dan teruja apabila mengetahui ia berperisa coklat.