Meskipun drama siri ‘30 Rock’ akan tamat tidak lama lagi namun begitu, Alec Baldwin dikatakan bakal berdepan dengan tugas baru.

Ini kerana dia dan isterinya, Hilaria dijangka menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, pasangan suami isteri itu mementingkan privasi dan masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut.

Namun begitu, Baldwin akan berkongsi berita gembira mengenainya apabila tiba masanya.

Sebelum ini, aktor berusia 54 tahun itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Kim Basinger dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ireland.

Baldwin berkahwin dengan Hilaria, 24 tahun seorang pelatih gim pada pertengahan tahun 2012 selepas berpacaran selama dua tahun.