Adegan keganasan dalam filem Tamil perlu ditapis bagi mengelakkan belia India di negara ini daripada terjebak dalam kegiatan jenayah, terutama yang ganas.
Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk RS Mohan Shan berkata ini kerana belia mudah terpengaruh dengan aksi keganasan yang dilakukan oleh hero kegemaran mereka sehingga 'meniru' aksi sedemikian di dunia nyata.
"Aksi keganasan yang ditayangkan dalam filem adalah untuk tujuan hiburan dan sukar untuk diguna pakai dalam dunia nyata.
"Tetapi, belia India kita mudah terpengaruh dengan filem berkenaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, pada Ahad.
Beliau menarik perhatian kes bunuh Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais selain kes bunuh dan bakar empat individu di sekitar Tapah, Perak, tahun lepas.
Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya.
"Ia merupakan contoh kes pembunuhan yang kejam dan perlu dipandang serius. Terdapat filem Tamil yang membawa aksi pembunuhan kejam sehingga mendorong belia terbabit dalam kegiatan bercanggah dengan undang-undang di negara ini," katanya.
Sehubungan itu, Mohan menggesa lembaga penapisan mengambil kira semua perkara itu dan mengawal filem seumpama itu memandangkan masalah sosial yang berlaku di seluruh negara.
Dipandang serius
Pandangan Mohan turut dikongsi Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya.
Dr Saharuddin berkata pengaruh filem bercorak keganasan perlu dipandang serius kerana ia boleh menyumbang kepada budaya tidak sihat.
Beliau berkata, sesuatu filem yang diterbitkan perlu mempunyai mesej yang berkualiti.
Sementara itu, seorang bekas polis yang pernah terlibat dengan siasatan jenayah di ibu kota, R.Karniappan berkata tidak dinafikan filem Tamil yang ganas turut menyumbang kepada masalah sosial di negara ini.
Bagaimanapun, peratusannya kecil, katanya kepada Bernama.
"Sebenarnya tidak banyak, kerana masih ramai belia India yang tidak terpengaruh dengan aksi ganas dalam filem walaupun kerap menyaksikan filem-filem seumpama itu," katanya yang telah berkhidmat dalam pasukan keselamatan selama 36 tahun.
Karniappan berkata kesemuanya bergantung kepada individu itu sendiri sama ada dia mahu mengambil nilai baik atau buruk.
Bernama
Sun Jan 03 2016
Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk RS Mohan Shan berkata ini kerana belia mudah terpengaruh dengan aksi keganasan yang dilakukan oleh hero kegemaran mereka. - Facebook Mohan Shan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.
Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.
Filem Kantonis Malaysia 'Rain Town' terima sambutan positif di luar negara
Filem terbaharu arahan Tunku Mona itu dibawa ke layar perak dalam Bahasa Kantonis walaupun beliau sendiri kurang fasih dalam bahasa itu.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.
'The Marvels' catat kutipan terendah dalam sejarah MCU
The Marvels juga menjadi keluaran MCU ketiga yang menerima Skor Pawagam "B" daripada penonton filem, selepas Eternals dan Ant-Man And The Wasp: Quantamania.