MASYARAKAT kita hari ini mudah melontarkan lintasan pendapat mereka di hujung jari menerusi platform media sosial.

Apa saja yang hendak dikatakan terus diluahkan tanpa memeikirkan sama ada perkara yang dizahirkan itu benar, mulia mahupun perlu.

Seringkali maklum balas atau perdebatan tentang sesuatu isu itu tidak berakhir dengan cara yang harmoni, bernas dan terhormat.

Lebih menyedihkan, bagi sesetengah orang, mereka mudah membuat penegasan dengan menyalahguankan istilah, ungkapan atau pernyataan yang sengaja atau secara langsung berunsur penghinaan.

Paling banyak kita temui dalam susur masa media sosial kita hari ini adalah tentang mereka yang mengejek, merendah-rendahkan atau menghina seseorang dari aspek rupa fizikal, atau dipanggil body shaming.

Penghinaan yang melibatkan aspek rupa bentuk tubuh, warna kulit dan penampilan diri itu turut menjadi kebimbangan penyanyi dan pelakon Adibah Noor.

Menerusi akaun Twitternya, Adibah telah berkongsi tentang isu tersebut bersama para pengikutnya menggunakan hashtag #MerekaMengata.

Berikut adalah beberapa yang telah dikumpulkan:







Body shaming merupakan satu situasi di mana ciri fizikal seorang individu itu dipertikaikan. Di negara luar, kempen menentang body shaming ini disertai ramai tokoh termasuk selebriti dan artis popular.

Di Malaysia, body shaming seolah-olah sesuatu yang dianggap normal dan situasi ini berpotensi membentuk budaya yang tidak sihat khususnya dalam kalangan generasi muda.

Lebih malang, mengejek rupa fizikal seseorang bukan saja kedengaran di jalanan dalam kalangan anak-anak kecil, malah berleluasa ke orang dewasa. Hinggakan kerapkali kita lihat trend memalukan itu terbawa-bawa ke dunia hiburan dan penyiaran, seolah-olah masyarakat kita sudah diajar untuk menerimanya.

Ternyata, itu adalah SALAH dan perlu dihentikan!

Adibah akan menjadi tetamu dalam rancangan MatLuthfi@astroawani.com malam ini untuk membincangkan tentang isu ini.