Bintang pop, Adam Levine dari kumpulan Maroon 5, melahirkan kesediaannya untuk menanggung perbelanjaan majlis pengebumian penyanyi bintang realiti TV, The Voice, Christina Grimmie.

Grimmie ditembak mati ketika selesai mengadakan konsertnya yang berlangsung di Florida, Sabtu lalu.

Jurucakapnya Levine, Carleen Donovan mengesahkan bahawa Levine sudah membuat tawaran itu kepada keluarga Grimmie.

Levine adalah mentor kepada Grimmie pada pertandingan The Voice 2014.


Sementara itu, satu upacara khas bakal diadakan di kampung halaman bintang YouTube berusia 22 tahun itu di New Jersey.

Setakat ini, motif pembunuhan Grimmie masih belum diketahui.