AHLI kumpulan Forteen sebulat suara menghormati keputusan Izzue Islam untuk menarik diri daripada kumpulan tersebut biarpun tiada perbincangan antara mereka berempat sebelum pengumuman itu dibuat.
Menurut salah anggota kumpulan Forteen, One atau nama sebenar Mohammad Ridzuan Sharifuddin, dia sudah mencuba untuk berbincang dengan Izzue atau nama sebenarnya Mohammad Izzul Islam Mazlan pada hari Khamis lalu, namun tidak mendapat peluang.
"Perselisihan yang berlaku antara kami sebenarnya boleh dibawa berbincang, tetapi ruang itu tiada.
"Hari Khamis lalu, selepas apa yang berlaku, saya cakap dengan Ameer dan Ariz, tak apa biar saya pergi berjumpa Izzue.
"Kemudian saya merayu pada mereka (Izzue dan isteri yang merangkap pengurus mereka, Awin), walaupun Izzue tak nak bercakap masa itu, saya minta maaf.
"Saya panggil dia dengan nada yang paling lembut, saya kata mari sini, kita borak.
"Tapi Izzue tak mahu dan hanya angkat tangan sahaja tanpa memandang saya dan menolak untuk bercakap. Itu yang membuatkan saya rasa kemaafan itu tidak diterima.
"Saya dah kering air mata, siapa yang tak sayangkan kumpulan ini, kami dah bersama selama tujuh tahun. Sebelum ini apa jua masalah kami hadapi bersama dan berbincang, tapi kali ini tiada kata putus.
"Ruang itu tidak diberikan sebab ego yang sangat tinggi.
Adakah dengan melutut, sujud, baru kemaafan itu akan terima," katanya dalam satu sidang media khas penjelasan berhubungan isu Izzue Islam menarik diri dari Forteen secara mengejut.
Izzue sebelum ini mendakwa kecewa dan berasa dipulaukan oleh ahli yang lain ketika dalam tiga hari sebelum konsert akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung Ahad lalu.
Selepas Izzue menarik diri, Forteen kini dianggotai One, Ariz Lufias dan Ameerais Azhar.
Dalam pada itu, Ariz Lufias menjelaskan, punca sebenar perselisihan faham ini adalah disebabkan pemilihan lagu.
"Macam One kata, ini adalah salah faham dan kami tak sempat jelaskan apa-apa. Sebetulnya ketika sesi latihan, kami ada menyanyikan lagu lain dan Izzue menyangka kami menukar lagu tersebut tanpa berbincang dengannya.
"Reaksi dia ketika itu marah dan dia kemudiannya meninggalkan tempat tersebut dan kejadian ini berlaku di depan pihak produksi Astro dan saya rasa tak sesuai.
"Bila One nak explain, dia tak mahu. Jadi kami decide beri dia masa untuk bagi dia cool.
"Tapi bila dia tiba-tiba buat pengumuman untuk keluar tanpa berbincang, kami boleh tepuk tangan kerana itu sahaja reaksi yang boleh kami beri.
"Izzue ini ada moody dia, macam dia sebut masalah tiada suara dalam pilih lagu, saya rasa tak betul, sebab ada je lagu yang kami shortlistedkan untuk disampaikan pada minggu berikutnya merupakan lagu yang dipilih oleh Izzue.
"Jadi bila dia kata kami tak bincang, memang terkilan," jelasnya.
Tambah Ameerais pula, sudah menjadi cara anggota Forteen untuk memberi ruang sewajarnya sekiranya ada salah faham berlaku dan bukannya memulaukan seperti yang diperkatakan Izzue.
"Dah menjadi cara kami untuk memberi ruang sekiranya ada salah faham kerana kami tidak mahu berbincang atau bercakap dalam keadaan marah.
"Tapi tak sangka ia akan berakhir begini. Kami sendiri terkilan dia buat kenyataan itu pada minggu akhir GV5. Sepatutnya pada minggu final itu kita raikan finalis dan kenangan sepanjang program berkenaan," katanya.
Tak pernah cemburu
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan anggota kumpulan itu cemburu dengan populariti dan rezeki Izzue di dalam bidang seni, Ameerais menolaknya.
Katanya sejak dulu lagi, mereka sentiasa berbangga dengan kejayaan Izzue kerana secara tidak langsung, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu telah membawa nama kumpulan Forteen bersama.
"Kami hargai setiap apa yang dilakukan. Macam One juga pernah mengharumkan nama di Indonesia dan dia bawa juga nama Forteen.
"Jadi tak ada istilah kami cemburukan dia kerana tujuh tahun bersama bukan jangka masa yang pendek," jelasnya.
Bagi Ariz pula, mereka akan meneruskan perjalanan Forteen bertiga dan mengikut segala jadual yang telah ditetapkan.
Malah, mereka juga tidak menolak untuk mencari ahli baharu, namun bukan dalam masa terdekat ini.
"Bagi mereka yang selalu follow Forteen, tak ada yang pelik melihat kami bergerak bertiga.
"Izzue adalah Izzue dan tak mungkin ada yang sama sepertinya. Tapi kami tidak menolak untuk mencari ahli baharu nanti.
“Cuma buat masa sekarang, kami mahu fokus apa yang dirancang terlebih dahulu," katanya yang tidak menolak untuk bersemuka dengan Izzue apabila tiba masa yang sesuai nanti.
Sinar Harian
Thu Nov 22 2018
ONE: Perselisihan yang berlaku antara kami sebenarnya boleh dibawa berbincang, tetapi ruang itu tiada. - Gambar fail
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan
Penonton ternyata kecewa kerana tiket konsert berkenaan telah mereka beli sejak enam bulan yang lalu.
Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif
FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.
#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar
Alif tidak merasakan gerakan itu sebagai miliknya secara peribadi, tetapi ia adalah milik setiap individu yang sedang berusaha ke arah memperbaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.
Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
DCI menganjurkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Jafar, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.
Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival itu bakal dijayakan 75 artis, berlangsung selama 15 jam dan beraksi di empat pentas.
'Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.
Lenjan artis kerja 20 jam...?
PTVM ingin menegur sikap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang bagaikan tidak memahami masalah sebenar industri.
Perkeso dan Profima meterai MoU, lindungi penggiat seni di bawah SKSPS
Perkeso hari ini memeterai MoU dengan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Aizat Amdan umum tarikh perkahwinan, dedikasi lagu buat bakal isteri
Penyanyi Aizat Amdan, 33, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya bernama Elyssa Alia Ilias, 34.