INTEL telah menangguhkan acara Intel Innovation mereka yang sepatutnya berlangsung pada 24-25 September ini di San Jose, California ke tahun 2025.

Tarikh baharu masih belum diumumkan.

Penangguhan dilakukan berikutan pelbagai yang melanda syarikat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Isu paling besar ialah masalah voltan tinggi menyebabkan kerosakan kekal pada cip Intel Core Gen-13 dan Gen-14.

Ia memaksa Intel untuk memberikan jaminan selama 5 tahun berbanding hanya 3 tahun seperti lazimnya.

Syarikat juga baru sahaja melakukan pengurangan 15,000 tenaga kerja sebagai langkah mengurangkan kos.

“Melihat keputusan kewangan dan prospek untuk separuh kedua 2024, yang lebih sukar daripada yang dijangkakan sebelum ini.

"Kami perlu membuat beberapa keputusan yang sukar sambil kami terus menyelaraskan struktur kos kami dan melihat untuk menilai cara kami membina semula enjin kepimpinan teknologi proses yang mampan.

"Kami merakamkan penghargaan ikhlas kepada rakan kongsi, penaja, pempamer, komuniti pembangun dan pasukan kami yang lebih besar yang telah komited untuk menyokong dan menghadiri acara ini,” tulis kenyataan rasmi Intel. -Amanz