Bergelar isteri kedua kepada usahawan itu, dedah Zarina perkahwinan itu sebenarnya atas dasar kasihan.
"13 Julai 1993 tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya.
"Saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai. Walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka di saat saya baru mengejar bahagia.
"Alhamdulilah dengan izinnya, kahwinlah saya nun jauh di seberang sana.
"Selepas tiga bulan kawin suami saya berkata pada saya, Abang kahwin dengan Ina sebab Abang kesian saja, kakaklah (isteri pertama) segala-galanya dalam hidup Abang.
"Lepas kahwin baru Abang sedar Abang lebih perlukan dia. Kalau Ina nak cinta cinta ni tak ada, kalau sabar adalah nanti," tulis Zarina menerusi Instagramnya.
Situasi itu mendidik Zarina untuk menjadi lebih penyabar dan taat kepada perintah suaminya.
"Kahwinlah saya tanpa cinta dan saya masih ingat lagi kata suami saya Abang tak nak isteri yang Abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang.
"Kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar.
"Terima kasih Abang, sabar itu separuh dari iman. Semoga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua.
"Anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta, cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya," tambahnya.
Hasil perkahwinan dengan Datuk Raihan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.
Teks oleh: Amri Hassan