TIADA siapa yang boleh menafikan pengaruh besar yang dimiliki aktor Aaron Aziz dalam kalangan peminat dunia seni tempatan.
Justeru apabila hashtag #HappyBirthdayAaronAziz trending di laman sosial hari ini, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Hari ini, tanggal 23 Februari 2016, aktor yang berasal dari Singapura itu menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 40.
Selain memviralkan hastag berkenaan, kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Aaronators ini turut meraikan hari istimewa ini bersama Aaron bertempat di Hotel Pacific Regency, Kuala Lumpur.
Dan tentunya ucapan paling istimewa datangnya dari isteri Aaron, Diyana Halik.
Aaron mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2001, namun namanya mula mendapat perhatian di Malaysia sekitar tahun 2005. Malah Aaron pernah dinobatkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular sebanyak dua kali; iaitu pada tahun 2011 dan 2013.
Madiha Abdullah
Tue Feb 23 2016
Aaron genap usia 40 tahun hari ini. Foto/Instagram Love Undefined
Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan pihaknya tidak sama sekali menggunakan dana syarikat swasta untuk membiayai kos penerbangan lawatan rasmi ke empat negara.
Ahmad Nawab maestro yang teliti - Datuk Chuari
Penyampai radio veteran, Datuk Chuari Selamat, mengenang Tan Sri Ahmad Nawab sebagai seniman yang mementingkan kesempurnaan, terutama ketika mengendalikan persembahan besar.
Beliau berkata Allahyarham sentiasa memastikan segala aspek ketika sebuah persembahan menepati piawaian tinggi.
Beliau berkata Allahyarham sentiasa memastikan segala aspek ketika sebuah persembahan menepati piawaian tinggi.
Pesawat Rusia terbakar selepas mendarat di Turkiye
Sebuah pesawat penumpang Rusia terbakar sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antalya di pantai Mediterranean Turkiye.
Ranking Pang Ron-Su Yi naik mendadak selepas prestasi cemerlang
Ranking beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi meningkat ketara mengikut kemas kini carta kedudukan Kesatuan Badminton Dunia (BWF).
Kenyataan Menteri MOTAC bakar isu 3R di dalam dan luar negara - Mas Ermieyati
Jelas Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dia terkejut kenyataan Menteri Pelancongan yang mendakwa tindakan DBKL terhadap golongan peniaga pamer papan tanda bahasa kebangsan akan mempengaruhi keputusan pelancong melawat Malaysia.
[TERKINI] Hubungan diplomatik dinaik taraf kepada kerjasama strategik
Malaysia dan Republik Korea memuktamadkan naik taraf hubungan diplomatik kedua-dua negara daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik.
Ciri-ciri 'seniman' ada dan beliau telah penuhi - Datuk M.Nasir
Penyanyi terkenal Datuk M.Nasir turut hadir mengiringi perjalanan akhir jenazah Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab. Beliau jugak menyatakan kekaguman arwah yang merupakan seorang seniman hebat dalam arena muzik tanah air. Ramai artis-artis besar telah berjaya dilahirkan berdekad-dekad dengan karya lagu yang begitu banyak dan ciri-ciri seorang seniman telah pun ada pada arwah.
#AWANInews
Tajuk lagu 'Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu' kini menjadi nyata
Penulis lirik, Datuk Chuari Selamat yang pernah bekerja rapat bersama dengan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab berkongsi cerita tentang peluang yang arwah berikan kepadanya untuk menulis lirik lagu "Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu" menggamit pelbagai kenangan sepanjang penghasilan karya tersebut. Beliau memaklumkan dari lagu ini telah menimbulkan pelbagai cerita dari segi lirik dan melodinya.
#AWANInews
#AWANInews
Guru didakwa tujuh pertuduhan rogol, amang seksual pelajar OKU
Seorang guru didakwa atas tujuh pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU).
AWANI Ringkas: Legenda muzik Ahmad Nawab selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aaron Aziz cecah angka 40, #HappyBirthdayAaronAziz trending
Pengaruh besar pelakon popular Aaron Aziz terbukti apabila hashtag #HappyBirthdayAaronAziz trending di laman sosial Twitter hari ini.