Dira berkata usahanya selama ini tidak sia-sia dan berharap dapat menjaga dan menyayangi bayi tersebut sepenuh hati.
“Lama kami tunggu. Doa tak putus- putus. Usaha tak kenal penat. 3 bulan lepas awak muncul. .
Macam magik.
“Tup tup Allah SWT bisik, ini saya punya. Tak nak fikir pasal ada masa ke tak. Tak nak sebut pasal kerja banyak ke tak. Tak nak tahu pasal mampu ke tak.Yang kami tahu, awak rezeki kami, awak kegembiraan kami yang paling terindah Sampai ke syurga.
“Terima kasih atas kesudian untuk bersama dengan kami, Waris. Awak adalah lelaki paling kacak kami pernah jumpa. Alhamdulillah, dapat hidup bersama.Insyallah.
“Kita sama- sama bina bahagia dan cari syurga itu dengan kakak anggun ye. . Doakan kami bahagia jugak ye..” tulisnya.
Dira berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Dira dan keluarga.
Dira pernah berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof pada 11 November 2011 dan berpisah pada tahun 2016. Pasangan ini tidak dikurniakan anak.
Terdahulu Dira berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Ash atau Tengku Shafriz- Rullah pada 2007 dan bercerai pada 2011. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 11 tahun.